Sekian Lama Bersabar Qistina Raishah Luah Rasa Terkilan Tentang Gambar Beliau Yang Disunting dan Dijual Dengan Harga RM10
Pelakon remaja, Qistina Raisah tampil meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan segelintir individu yang menyalahgunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) sehingga menyebabkan fitnah terhadap dirinya.
Qistina, atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, 17, mendedahkan bahawa beliau sudah hampir setahun berdiam diri apabila wajahnya disunting dan digunakan dalam video berunsur lucah. Menurutnya, video yang diedit tersebut turut dijual di aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram pada harga serendah RM10.
“Saya dah simpan lama, nak dekat setahun. Ini kes orang fitnah saya. Muka saya diedit buat benda tak elok, dan video itu dijual dalam grup. Sampai hari ini masih ramai yang hantar video tu kepada saya,” katanya dalam satu perkongsian di TikTok.
Menurut Qistina, sebelum ini dia tidak mempunyai keyakinan untuk bersuara kerana pada waktu itu teknologi AI masih belum begitu popular. Namun kini, setelah semakin ramai menyedari bahayanya teknologi ini apabila disalah guna, dia memberanikan diri untuk tampil mempertahankan maruah dirinya.
Baca Juga : Qistina Raisah Bangga Miliki Toyota Yaris Dengan Usaha Sendiri
“Dulu saya takut, sekarang baru saya berani. Saya minta kepada sesiapa yang buat dan jual video itu, ingat satu hari nanti kamu pun akan ada keluarga. Apa yang kita buat dekat orang, akan datang balik.”
Qistina turut menyatakan bahawa dia tidak akan memaafkan sesiapa yang terlibat dalam menyebarkan video tersebut kerana ia memberi kesan mendalam bukan hanya kepadanya, malah kepada keluarganya juga.
Dalam nada tegas, beliau menasihatkan agar orang ramai tidak membuka aib orang lain. “Kalau dosa dengan Allah, boleh solat taubat. Tapi kalau dengan manusia, hati-hatilah,” tambahnya lagi.
Qistina menzahirkan kesedihan apabila ibunya sendiri terpaksa menonton video-video yang menyakitkan hati itu. Sebagai seorang anak, dia sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk ibunya dan keluarganya.
Sumber : Tiktok
@qqistinaraisah ♬ original sound - QR - QR
By Tarziman — 05 May 2025, 09:56 AM