· · ·

Pelajar yang dibuang Kolej DMA Islam Dikecam Kerana Hina Kursus Masscomm & Teater

Nama DMA Islam sekali lagi mengundang kontroversi apabila satu hantaran terkininya di Instagram tular dan mendapat kecaman hebat daripada pengguna media sosial.

Dalam perkongsian tersebut, DMA secara terbuka menyelar beberapa bidang pengajian tinggi, termasuk Komunikasi Massa, Teater, Muzik dan Seni Tari Tradisional — dengan mendakwa semua itu hanyalah ‘kursus bodoh’ yang tidak membawa manfaat.

“Antara ‘course’ paling bodoh di Malaysia adalah Komunikasi Massa. Tapi itu okay lagi. Yang paling bodoh adalah teater, muzik dan tarian tradisional,” tulis DMA, sebelum menambah dengan nada sinis bahawa sesiapa yang mahu belajar menari tidak perlukan ijazah.

Dalam nada yang sama, DMA turut mempersoalkan niat para pelajar dalam bidang seni persembahan, menyatakan bahawa mereka hanya mengambil kursus tersebut semata-mata untuk ‘enjoy’ dan bersosial — bukan untuk benar-benar menimba ilmu.

“Budak-budak teater ni semua tahu, ambil sebab nak enjoy je. Banyak bersosial, bukan nak belajar sangat pun,” katanya lagi.

Lebih menghangatkan perdebatan, DMA turut memperlekeh keputusan pelajar yang mengambil pinjaman pelajaran untuk bidang-bidang ini. Beliau mencadangkan agar mereka terus bekerja dan mencari pengalaman sebenar daripada membazir masa dalam kursus yang dikatakannya tidak berguna itu.

Baca Juga :Dma Islam Dikritik Kerana Samakan Ijazah Seperti Beli Donat – “Yang Buat Podcast Pun Tak Nak Sekolah Eloklah Dua Ekor Ni Duduk Sekali” – NETIZEN

Baca juga : Orang Bangga Lahir dengan ‘Stoic’, Tak Nangis & Darah Merah Perjuangan

Reaksi netizen terhadap kenyataan tersebut pantas membanjiri ruangan komen. Majoriti menyifatkan pandangan DMA sebagai tidak sensitif, menghina usaha pelajar seni, serta menunjukkan kejahilan terhadap sumbangan besar bidang komunikasi dan seni terhadap masyarakat.

Ramai tampil mempertahankan maruah pelajar dan graduan dalam bidang tersebut, menyatakan bahawa profesion dalam dunia media, teater dan seni bukan sahaja penting, malah memainkan peranan besar dalam pendidikan, pembangunan budaya, serta industri kreatif negara.

Sumber : Instagram

By Tarziman — 13 May 2025,  02:35 PM