· · ·

RM1,000 Untuk Makan Malam, Netizen Dakwa Amirah Aqilah ‘Mengidam’?

Nama Amirah Aqilah sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas satu video makan malam mewah bersama View Chin dimuat naik di TikTok miliknya.

Dalam video berdurasi 53 saat itu, Amirah dan View Chin dilihat duduk berdua di sebuah restoran sambil menikmati hidangan mewah, dengan jumlah bil hampir mencecah RM1,000.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen ringkas namun penuh tanda tanya daripada Amirah — “Benda paling best mengidam, ada orang tunaikan. Rasa bahagia.”

Perkataan “mengidam” dalam konteks tersebut membuat ramai tertanya-tanya sama ada usahawan popular itu kini sedang berbadan dua. Di ruangan komen, pelbagai spekulasi mula timbul apabila netizen cuba mentafsir maksud sebenar kapsyen berkenaan.

Baca Juga :View Chin & Amirah Berbuka Puasa Bersama, Netizen Minta Hentikan Spekulasi

Baca juga : Saya Akan Sayang Dia Ketat-Ketat’ – Netizen Dakwa View Chin & Mira Sudah Berkahwin

Ada yang menyifatkan ia sekadar gurauan biasa, manakala tidak kurang juga yang beranggapan ia sebagai petunjuk awal kehamilan. Wujud juga komen-komen mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan, tanpa mengira sama ada spekulasi tersebut benar atau tidak.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Amirah atau View Chin, perkongsian itu tetap mendapat perhatian luas dan mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan peminat dan pengikut mereka di media sosial.

Sumber : Tiktok

@amirahhfirdaus_view

Benda paling best mengidam ada org tunaikn, rasa bahagia❤️ @VIEW Chin #fyppppppppppppppppppppppp #viral #fypp #fyp #fypagetiktok

♬ original sound - Amirah Aqilah (VIEW) - Amirah Aqilah (VIEW)

By Tarziman — 14 May 2025,  04:14 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos