Pemandu lori dituduh menyebabkan kematian 9 anggota FRU, ditahan semula 20 minit selepas jamin disyaki terlibat dalam kes curi lembu
Belum pun sampai sejam selepas diikat jamin, pemandu lori muatan batu yang berdepan dengan tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ditahan semula oleh pihak polis hari ini.
Suspek, Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, ditahan kira-kira 20 minit selepas proses pembayaran jaminan selesai, ketika berada di kaunter pembayaran jamin Mahkamah Majistret Teluk Intan. Penahanan dibuat oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk.
Menurut sumber, jaminan berjumlah RM6,000 bagi pertuduhan terdahulu telah dibayar oleh dua penjamin — majikannya yang dikenali sebagai Ravi, 58, dan jiran sekampung bernama Roslan, 62. Masing-masing membayar RM4,000 dan RM2,000.
Namun tidak lama selepas jaminan selesai, Rudi ditahan semula bagi membantu siasatan dalam satu kes curi lembu yang berlaku di Hutan Melintang, Bagan Datuk, sekitar April lalu. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Baca Juga : Perempuan Buat Hal Depan IPK: Joget dan Kacau Pemandu Jalan Raya!
Baca juga :Pemandu E-Hailing Didakwa Burukkan Malaysia & Islam Di Depan Pelancong
Terdahulu pada Jumaat lepas, Rudi telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan atas sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU. Dalam kejadian itu, mangsa termasuk S. Perumal, 44; Mohd Roslan Abdul Rahim, 46; Mohd Pozli Jaudin, 41; Nurit Pandak, 34; dan Amiruddin Zabri, 38.
Rudi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan tersebut.
Sumber : LobakMerah
By Tarziman — 20 May 2025, 02:35 PM



