Tak perlu risau tunai bila ke Jepun — kad debit Maybank & CIMB boleh guna untuk withdraw yen terus dari ATM 7-Eleven!
Bagi rakyat Malaysia yang melancong atau tinggal di Jepun, urusan pengeluaran wang tunai kini menjadi lebih mudah apabila kedai serbaneka 7-Eleven di negara itu menyediakan kemudahan ATM yang menyokong kad debit Maybank dan CIMB.
Perkara ini dikongsikan menerusi satu video oleh akaun Instagram @fujiyamatour, yang menunjukkan bagaimana pengguna hanya perlu menggunakan kad debit VISA dari bank tempatan seperti Maybank atau CIMB untuk mengeluarkan yen — sama seperti proses pengeluaran wang di Malaysia.
Menurut maklumat yang dikongsikan, pengguna hanya perlu mengaktifkan fungsi “Overseas Withdrawal” pada kad masing-masing sebelum menggunakannya di Jepun.
Apa yang lebih menarik, mesin ATM di 7-Eleven Jepun turut menyediakan pilihan antaramuka berbahasa Melayu. Dalam video tersebut, sebaik sahaja kad dimasukkan, paparan pilihan bahasa muncul dan Bahasa Melayu boleh dipilih bagi memudahkan urusan pengeluaran wang.
Baca Juga : Cikgu Berbangsa Cina Dari Malaysia ‘Kantoi’ Rembat Kad Kredit, Puluhan Ribu Yen Di Jepun
Baca juga : “Ratu Cantik Jepun Datang Ziarah Ebby Yus, Memori Lama Kembali!”
Selepas transaksi selesai, suara rakaman dalam Bahasa Melayu turut kedengaran mengucapkan terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan tersebut — satu pengalaman mesra pengguna yang pasti menggembirakan rakyat Malaysia di perantauan.
Kemudahan ini bukan sahaja menjimatkan masa dan mengurangkan keperluan menukar mata wang secara fizikal di kaunter, malah menjadikan pengalaman kewangan di luar negara lebih lancar dan selesa.
Sumber : Instagram
By Tarziman — 21 May 2025, 02:31 PM



