· · ·

Mamat Sepah Ditegur Ustaz Syamsul Debat Ketika Podcast, Netizen sambung ‘Sekolahkan’ beliau

Mamat Sepah menjadi tumpuan kritikan netizen selepas tular klip podcastnya bersama Ustaz Syamsul Debat di mana dia dilihat beberapa kali menyampuk ketika tetamu jemputannya sedang bercakap.

Dalam podcast tersebut, Ustaz Syamsul Debat sedang berkongsi pandangan secara serius apabila Mamat berulang kali menyelitkan komen dan celahan yang dianggap tidak kena pada masa dan tempat. Akhirnya, Ustaz Syamsul bersuara secara bersahaja namun penuh makna: “Tak cerdiknya dia ini, geram betul. Daripada tadi aku menahannya,” katanya sambil tertawa kecil.

Baca Juga : “Shuib Buat Kejutan: Bawa Mamat dan Isteri Tunaikan Umrah Ramadan Ini!”

Baca juga : Jep Sepahtu Berang, Podcast Buat Tambah Cerita. ‘Petik’ Nama demi untuk Konten

Namun di sebalik nada santai itu, ramai netizen melihatnya sebagai teguran yang wajar dan berasas.

Rata-rata penonton menyatakan rasa kecewa kerana sesi yang sepatutnya memberikan ruang kepada pendengar untuk menikmati perkongsian berilmu telah terganggu dengan sikap hos yang tidak menjaga adab. Ramai juga yang berkata mereka gembira dengan kehadiran Ustaz Syamsul sebagai tetamu, namun kecewa apabila kelakuan Mamat merosakkan suasana.

“Kalau aku la Mamat, memang aku keluar terus dari podcast ni. Tebal muka,” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Netizen turut menekankan bahawa adab mendengar apabila orang lebih tua atau berilmu bercakap adalah perkara asas yang diajar sejak kecil. Menyampuk tanpa tempat dan waktu yang sesuai dianggap kurang cerdik dan tidak menghormati tetamu.

Malah, ada yang menyebut ini bukan kali pertama Mamat dilihat bersikap begitu dalam rancangan podcastnya. Justeru, ramai mengharapkan agar Mamat mengambil teguran tersebut secara terbuka dan berusaha memperbaiki diri untuk masa akan datang.

Walaupun ada yang marah, sebahagian netizen turut memuji cara Ustaz Syamsul menyampaikan teguran — bersahaja tetapi tepat. Mereka juga berharap Mamat tidak berkecil hati kerana teguran tersebut datang dalam bentuk nasihat ringan daripada seorang tokoh agama yang dihormati.

Apa pun, ramai yang berterima kasih kepada Ustaz Syamsul Debat kerana sudi hadir dan berkongsi ilmu dalam sesi tersebut, walaupun suasananya sedikit terganggu. Bagi mereka, bukan mudah untuk mendengar kupasan bermanfaat secara langsung daripada penceramah terkenal itu.

Sumber : Twitter

https://x.com/MDzulhisyam9/status/1925005477030854749

By Tarziman — 22 May 2025,  02:48 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos