Yassin Senario Kembali Muncul Di TikTok Live, Peminat Teruja
Yassin Senario Tampil Dalam TikTok Live, Tamatkan Tanda Tanya
Kemunculan mengejutkan Yassin Yahya, ahli kumpulan lawak terkenal Senario, dalam siaran langsung TikTok bersama penyanyi dan pengacara @Rifkarl85Official pada Ahad lalu telah mengejutkan peminat yang merindui kelibatnya.
Siaran langsung itu menandakan penampilan pertama Yassin di media sosial selepas lama menyepi, sekali gus menamatkan pelbagai spekulasi mengenai kehilangannya sebelum ini.
Dalam sesi tersebut, Yassin kelihatan tenang dan banyak tersenyum walaupun tidak memberikan penjelasan lanjut ketika ditanya tentang kehilangannya. Beliau lebih selesa berdiam diri dan mengalihkan perbualan kepada perkara yang lebih santai.
Netizen Gembira, Tertanya-Tanya Bila Yassin Akan Pulang Ke Malaysia
Rata-rata peminat meluahkan rasa gembira dan teruja dapat melihat kembali wajah Yassin yang pernah menjadi antara pelawak paling digemari satu masa dahulu.
Namun dalam keterujaan tersebut, ramai juga yang tertanya-tanya: “Bila nak balik Malaysia?”
Sebelum ini, laporan media menyebut bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah atas dakwaan memiliki ganja, namun identiti individu tersebut tidak didedahkan.
Baca Juga : Yassin Bukan Dipenjara, Tapi di Pusat Rehab Dah Hafal 20 Juzuk Al-Quran – Apek Senario
Baca juga : ‘Kalau Yassin Ada, Mesti Rezeki Banyak’ – Wahid Senario Luah Rasa Kehilangan
Pelawak berkenaan dikatakan telah menjalani hukuman penjara selama enam bulan bermula November lalu. Menurut sumber, sekiranya berkelakuan baik, beliau berkemungkinan dibebaskan lebih awal dari tempoh asal.
Sumber :Tiktok
@adeetee6881 Cuti dah abes bro... Yasin Senario dah 'keluar'. Nampak sihat dan berisi dia.. Alhamdullilah #yasinsenario #senario
♬ original sound - eE - eE
By Tarziman — 26 May 2025, 02:31 PM



