· · ·

CIK B NAFI SAMBUT ULANG TAHUN DI KELAB MALAM, TEGASKAN TIADA MINUMAN KERAS

Cik B, atau nama penuhnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, mencuri perhatian ramai selepas video sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-20 tular di TikTok. Dalam video berdurasi 32 saat itu, kelihatan suasana meriah dengan pencahayaan warna-warni, DJ, serta kehadiran ramai tetamu.

Situasi tersebut menimbulkan pelbagai spekulasi daripada netizen, ada yang menyangka ia berlangsung di sebuah kelab malam dan melibatkan unsur hiburan keterlaluan.

Bagaimanapun, Cik B segera tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, sambutan tersebut diadakan secara tertutup di sebuah rumah, bukan di kelab malam seperti yang didakwa.

Baca Juga : “Harga Sewa Cecah RM5,000 Sehari!” – Dato Vida Dedah Rumah Mewah Cik B Di Barcelona, NetiZen Terkejut

Baca juga : ‘Boleh Ke? Mama Nak Shopping RM90,000!’ – Aksi Cik B dan Datuk Seri Vida

Cik B turut menegaskan bahawa tidak ada sebarang minuman keras disediakan sepanjang majlis tersebut. Ia hanya sekadar majlis sambutan biasa bersama kenalan dan rakan-rakan dengan persembahan artis tempatan dan DJ sebagai hiburan.

Penjelasan itu dibuat bagi menjernihkan keadaan serta mengelakkan sebarang salah faham dalam kalangan netizen yang menonton video berkenaan tanpa mengetahui latar belakang sebenar majlis tersebut.

Sumber : Tiktok

@cikb_havoc

Ain’t no party like Cikb party #birthday #projectx #houseparty #malaysia #birthdaycikb

♬ original sound - cikb_havoc66 - cikb_havoc66

By Tarziman — 30 May 2025,  02:24 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos