Kim Seri Tampil Tunjuk Bukti Refund, Bayar Balik Pelanggan Trip Korea
Kim Seri Ambil Tanggungjawab, Mula Bayar Balik Pelanggan Trip Batal
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Kim Seri akhirnya tampil mengambil tanggungjawab selepas kontroversi pembatalan trip ke Korea Selatan yang dijanjikan kepada para pelanggan sebelum ini. Beliau kini memulakan proses pembayaran semula kepada mereka yang terlibat.
Bukti Pembayaran Dimuat Naik di Instagram
Kim Seri atau nama penuhnya Seri Azlina, 39, berkongsi beberapa tangkapan skrin bukti bayaran semula melalui ruangan Instagram Story miliknya. Dalam perkongsian tersebut, kelihatan beberapa resit pemindahan wang kepada tiga individu, masing-masing bernilai RM300 sebagai bayaran permulaan yang akan disusuli secara berperingkat.
Nafikan Dakwaan Lari Dari Tanggungjawab

Langkah ini dilihat sebagai usaha menangkis tuduhan bahawa beliau cuba melarikan diri daripada tanggungjawab selepas isu pembatalan trip ke Seoul tular di media sosial dan menerima kecaman hebat daripada orang ramai. Tindakan refund secara terbuka ini juga memberi harapan kepada pelanggan lain bahawa kes tersebut tidak dibiarkan tergantung.
Baca juga : Kim Seri Dedah Ada Individu Paksa Buka Aib Rumah Tangga – “Saya Tetap Pilih Berdiam Diri”
Baca juga : Kim Seri Berjanji, Mohon Maaf & Janji Selesaikan Hutang RM400K Menjelang 2025
Kerugian Cecah RM454,450, Polis Terima 24 Laporan
Terdahulu, pihak polis menerima sebanyak 24 laporan daripada individu yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikendalikan oleh syarikat Kim Seri. Jumlah kerugian yang direkodkan setakat ini dianggarkan mencecah RM454,450.
Janji Refund Sebelum 1 Februari, Tapi Masih Ada Belum Terima
Pada 17 Disember lalu, Kim Seri telah tampil memohon maaf secara terbuka dan berjanji akan menyelesaikan semua bayaran balik kepada pelanggan sebelum atau pada 1 Februari. Namun begitu, beberapa mangsa tampil mendakwa bahawa mereka masih belum menerima wang seperti yang dijanjikan.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@harunmohdshah Abg Koroy Berjaya Kalahkan Al Bana #dmaislam #viral #fyp
♬ Alunan Santai Bikin Panas - DJ REMIX TERBARU
By Tarziman — 18 Jun 2025, 2: 42PM



