· · ·

Ebit Lew & Ustaz Tido Dikecam Minta ‘Gift’ TikTok, Netizen Marah Imej Islam Tercalar

Ebit Lew & Ustaz Tido Curi Perhatian Dalam PK Live TikTok

Pendakwah terkenal Ebit Lew dan pempengaruh dikenali sebagai Ustaz Tido kini menjadi bualan hangat selepas tular sesi siaran langsung mereka di TikTok yang dipercayai bertujuan mengumpul ‘gift’ daripada penonton. Klip video sebahagian sesi tersebut turut dimuat naik oleh personaliti media sosial, Caprice, di Instagram miliknya.

Dalam video berkenaan, kedua-dua mereka dilihat sedang menyertai ‘PK Live’, iaitu format perlawanan dalam siaran langsung TikTok untuk mendapatkan jumlah sumbangan tertinggi daripada penonton.


Baca juga : Ebit Lew Menang Saman Ke Atas Mondy, Fokus Seterusnya Pada Caprice

Baca juga : Telefon Ebit Lew Punya 90 Gambar & 3 Video Berunsur Lucah!

Netizen Kecam Guna Imej Agama Untuk ‘Gift’

Sesi live tersebut menerima kecaman hebat daripada netizen yang menganggap tindakan itu tidak wajar dan mencemarkan imej Islam. Ramai meluahkan rasa kecewa melihat individu berstatus pendakwah dilihat sibuk mengejar ‘gift’ dalam bentuk wang digital.

“Buang kopiah dulu kalau nak main PK. Merosakkan imej Islam adalah.”

“Kalau live ajak mengaji atau kongsi ilmu tak apa juga, tapi ini sampai ke pagi kumpul gift.”

“Malu tengok. Sudah-sudahlah rosakkan imej pendakwah yang lain.”

Tindakan Dipersoal Sebagai Tidak Mencerminkan Dakwah

Warganet juga mempersoalkan niat sebenar mereka bersiaran langsung di platform hiburan seperti TikTok, lebih-lebih lagi apabila imej keagamaan dipamerkan tetapi kandungan yang disampaikan dilihat jauh dari nilai dakwah sebenar.

Ada yang menyifatkan mereka sebagai lebih cenderung kepada populariti dan pendapatan, bukannya menyampaikan ilmu atau nasihat keagamaan yang tulen.

“Terlalu menghambakan diri pada media sosial. Patutnya ajak orang mendekati agama, bukan ajak orang Islam minta-minta gift.”

Sumber : IG Caprice

B Tarziman — 24 Jun 2025,  3: 14PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos