Ben Amir Didakwa Tinggal Serumah Dengan Kekasih Filipina Di Siargao
Ben Amir Terpalit Dakwaan Bersekedudukan Dengan Wanita Filipina
Nama pelakon terkenal, Ben Amir, tiba-tiba menjadi perbualan hangat di media sosial selepas satu dakwaan mengejutkan tular di platform Threads. Pelakon kacak itu didakwa kini tinggal bersama seorang wanita warga Filipina di Pulau Siargao, seolah-olah seperti pasangan suami isteri, walaupun belum berkahwin secara sah.
Gambar Rumah Sama & Lokasi Serupa Jadi Bukti Tular
Individu yang membuat dakwaan itu tidak sekadar bercakap kosong. Dia turut berkongsi tangkap layar gambar rumah yang dalam pembinaan, yang dikatakan sama seperti yang pernah dimuat naik oleh Ben Amir dan wanita tersebut di media sosial masing-masing.
Hasil tinjauan netizen ke Instagram Ben dan wanita berkenaan mendapati mereka berdua memuat naik gambar dari lokasi yang serupa, malah ada yang diambil pada waktu yang hampir sama, menguatkan lagi spekulasi hubungan istimewa mereka.

Sambutan Hari Jadi Ben Cetus Lebih Banyak Spekulasi
Lebih menarik perhatian, semasa sambutan hari jadi Ben Amir bulan lalu, wanita Filipina yang dikaitkan dengannya dipercayai telah membuat kejutan istimewa untuk Ben. Gambar-gambar dari hari itu turut dimuat naik oleh kedua-duanya, sekali gus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.
”
Baca juga : Dicekup Khalwat Hanya Bertuala, Suami Orang Sembunyi Belakang Langsir!
Baca juga : JAIS Sahkan Tangkapan Khalwat Seorang Artis, Tetapi Bukan Nadeera
Netizen Percaya Peminat Dan Rakan Artis Sudah Tahu?
Menerusi ruangan komen dan perbualan di media sosial, ramai netizen mendakwa bahawa peminat setia dan rakan artis terdekat Ben Amir mungkin sudah lama tahu tentang hubungan cinta mereka, namun memilih untuk tidak mengulas secara terbuka.
Namun begitu, hanya seorang pengguna di Threads yang berani membuat dakwaan terbuka bahawa mereka tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan.
Wanita Filipina Tampil Respon Selepas Mula Tular
Dalam perkembangan lain, wanita yang dikaitkan dengan Ben Amir dikatakan telah menyuarakan reaksi dalam sebuah channel peribadi, selepas wajahnya mula dikenali ramai dan menjadi bahan bualan serta gosip netizen. Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Ben Amir setakat ini.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Instagram
B Tarziman — 26 Jun 2025, 2: 06PM



