· · ·

Wanita Cadang Caj Klinik Kerajaan Dinaikkan, Had Subsidi Bersalin Tiga Anak Sahaja

Kos Rawatan Kerajaan Terlalu Rendah, Perlu Dirombak?

Kemudahan rawatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan sememangnya terkenal dengan kos rendah dan subsidi yang membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan rawatan berkualiti.

Namun begitu, seorang wanita yang dikenali sebagai Aida tampil dengan pandangan berbeza, mencetuskan perdebatan selepas mencadangkan supaya caj rawatan kerajaan dinaikkan demi meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan masyarakat.

“Kalau Mahal, Baru Orang Jaga Kesihatan Sendiri”

Menurut Aida, caj yang terlalu murah menyebabkan orang ramai tidak mengambil serius penjagaan kesihatan.

“Dah sampai masa caj ke klinik kerajaan dan hospital kerajaan dinaikkan.

Barulah ada kesedaran untuk jaga kesihatan,” katanya ringkas.

Ketika ini, caj pendaftaran rawatan biasa di klinik kerajaan hanya RM1, manakala RM5 untuk temujanji dengan pakar. Kos bersalin pula sekitar RM100 hingga RM200 untuk bersalin normal dan RM300 hingga RM400 untuk pembedahan caesarean.


Baca juga : “Papa Sayang Adik, Sayang Aslam & Sayang Umisya” – Norman Hakim

Baca juga : Aslam Mengaku Pernah kerja Sebagai Pemandu Grab Selama 6 Bulan – Netizen terkejut boleh kahwin dua

Hadkan Subsidi Bersalin Untuk Tiga Anak Sahaja?

Lebih mengejutkan, Aida turut mencadangkan agar subsidi rawatan bersalin hanya diberikan untuk tiga orang anak pertama sahaja.

Katanya, kos kelahiran yang terlalu rendah menyebabkan ada pasangan suami isteri mengambil kesempatan dan mengabaikan perancangan keluarga.

“Mereka (asnaf) tu nak dengar ke, selalunya apabila sebut pasal perancang keluarga, masuk telinga kanan keluar telinga kiri,” ujar Aida lagi.

Netizen Berbelah Bahagi, Ada Yang Sokong Tapi Ramai Kurang Senang

Pandangan ini mengundang pelbagai reaksi warga maya. Ada yang bersetuju bahawa rakyat perlu lebih bertanggungjawab terhadap perancangan keluarga, namun ramai juga tidak bersetuju kerana ia menyentuh sensitiviti golongan berpendapatan rendah, terutamanya asnaf.

Aida tanpa berselindung memberi contoh golongan asnaf yang diketahui mempunyai ramai anak walaupun menerima bantuan kerajaan.

Masyarakat kini berbelah bahagi — adakah kenaikan caj akan meningkatkan kesedaran, atau hanya membebankan lagi golongan memerlukan?

https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2025/07/03/wanita-dakwa-caj-murah-hospital-039gomen039-punca-asnaf-beranak-ramai-rakyat-abai-kesihatan-lepas-tu-rayu-bantuan-sara-hidup

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Mstar

Tarziman — 03/07/2025,  02: 02PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos