· · ·

Konfem Gempak! My Chemical Romance Kembali Ke Malaysia Pada 30 April 2026

My Chemical Romance Umum Tarikh Konsert Di Malaysia

Selepas hampir dua dekad tidak menjejakkan kaki ke pentas Malaysia, kumpulan ikonik My Chemical Romance (MCR) akhirnya mengesahkan akan kembali menghiburkan peminat tempatan pada 30 April 2026.

Konsert yang amat dinantikan ini akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur.

Sebahagian Dari Jelajah Asia Tenggara 2026

Malaysia bukan satu-satunya destinasi pilihan MCR. Negara ini merupakan salah satu lokasi dalam siri Jelajah Asia Tenggara yang turut melibatkan Thailand, Filipina, Singapura dan Indonesia.

Peminat muzik rock dan emo seluruh Asia Tenggara pastinya bakal membanjiri konsert ini yang dijangka full house.

Iklan Misteri Cetus Tanda Tanya Sebelum Pengumuman Rasmi

Sebelum pengumuman rasmi dibuat, peminat setia MCR di Malaysia mula perasan beberapa iklan misteri di sekitar bandar yang menimbulkan spekulasi.

Iklan-iklan ini memaparkan frasa-frasa yang merujuk kepada tajuk-tajuk lagu popular MCR seperti “Helena”, “I’m Not Okay”, dan “Welcome to the Black Parade”, sekaligus menguatkan desas-desus bahawa mereka bakal kembali.


Baca juga : Cikgu Berbangsa Cina Dari Malaysia ‘Kantoi’ Rembat Kad Kredit, Puluhan Ribu Yen Di Jepun

Baca juga : “Geng 80-an Memang Auto Awet Muda” – Ramai Terkejut Tahu Usia Sebenar Cikgu Wanita Ini

MCR Sahkan Sendiri Di Instagram Rasmi

Tanda tanya akhirnya terjawab apabila MCR mengumumkan sendiri melalui laman Instagram rasmi mereka bahawa Malaysia akan menjadi salah satu destinasi rasmi dalam jelajah 2026.

Pengumuman ini disambut dengan sorakan kegembiraan dalam kalangan peminat Malaysia yang telah lama menantikan peluang untuk melihat mereka secara langsung.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Instagram

Tarziman — 07/07/2025,  02: 13PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos