· · ·

Ammar Ahyan Komen Tentang DMA Islam, Netizen Puji Pendekatan Matang

Ammar Ahyan Beri Pandangan Terhadap DMA Islam

Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Ammar Ahyan, tampil memberikan pandangan jujurnya tentang personaliti media sosial kontroversi, DMA Islam.

Dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok, Ammar yang baru berusia 17 tahun menyentuh isu gaya penyampaian DMA Islam yang dianggap kasar meskipun ideanya ada kebenaran.

“Pemikiran Mungkin Betul, Tapi Cara Dia Cakap Agak Kasar”

Menurut Ammar, DMA Islam kadang-kala membawakan hujah yang masuk akal, tetapi cara penyampaiannya membuatkan ramai berasa tidak selesa.

“Saya rasa kebanyakkan daripada pemikirannya mungkin betul tapi dia bercakap agak kasar dan orang tak suka,” jelas Ammar secara terbuka.

Ujarnya, pendekatan yang lebih berhemah dan berlapik mungkin akan lebih mudah diterima masyarakat, walaupun mesej yang ingin disampaikan itu bernas.

Ulas Isu Gaji RM1800 & ASB

Dalam sesi sama, Ammar turut menyentuh tentang kenyataan DMA Islam berkaitan gaji rendah dan pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB), yang sebelum ini turut tular.

“Saya ulang semula apa yang dia kata tapi bukan bermaksud saya setuju. Katanya, ‘bocah gaji RM1800 nak cakap pasal ASB’,” jelas Ammar.

Menurutnya lagi, mesej utama yang ingin disampaikan adalah penting untuk seseorang lebih fokus membina modal (capital) berbanding sekadar mengejar pulangan tinggi (high return).

Baca juga : Ammar Nazhan Dedah Polis & Tentera Dalam Kontennya di Indonesia Hanya Berlakon!

Baca juga : Qadejah Sakat Aliff Syukri, Akui Tak Faham Konsep Lagu Raya Bapanya – “Saya Rasa Lagu Saya Lagi Best”

Netizen Puji Pendekatan Matang Ammar

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Ammar mengulas isu kontroversi dengan bahasa yang sopan dan berhemah.

Malah, ramai menyifatkan anak sulung kepada Datuk Seri Aliff Syukri itu sebagai seorang remaja yang matang dan bijak menilai sesuatu isu.

Ada yang berkata, meskipun masih muda, Ammar menunjukkan ciri pemimpin yang rasional dan pandai mengawal emosi ketika mengulas isu sensitif.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


Sumber : Tiktok

@me_media33

Pendapat Ammar Ahyan Tentang DMA Islam #terlajaklaris #malaysia #fyp #gosip #viral #tiktok

♬ original sound - ME_MEDIA - ME_MEDIA

Tarziman — 08/07/2025,  02: 30PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos