· · ·

Cikgu Shaari Tegas: Duit & Cincin Itu Hanya Untuk Nabila, Bukan Untuk Dikongsi

Cikgu Shaari Tampil Perjelas Isu, Tegaskan Semua Pemberian Untuk Nabila

Selepas beberapa hari hangat diperkatakan tentang isu pemberian wang oleh pempengaruh terkenal, Cikgu Shaari, kepada pekerja MyKeria bernama Nabila, akhirnya beliau tampil menjelaskan situasi sebenar bagi meredakan kekecohan yang berlaku.

Menerusi klip potongan siaran langsung, Cikgu Shaari menjelaskan bahawa beliau memang berniat ikhlas untuk berkongsi rezeki dengan Nabila sahaja, bukan untuk sesiapa yang lain.

Pemberian Tunai & Cincin: “Memang Untuk Nabila”

Dalam kenyataan jelas dan tegas, Cikgu Shaari menyatakan bahawa segala bentuk pemberian termasuk wang tunai dan sebentuk cincin adalah khusus untuk Nabila kerana beliau yang ditemu ramah dalam video.

“Saya buat content dan terjumpa Nabila. Dalam video itu saya bercakap dengan dia. Ini adalah kenyataan rasmi daripada saya — segala pemberian daripada saya hanya untuk Nabila dan saya tiada niat suruh dia kongsi dengan sesiapa,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa perkara tersebut telah dijelaskan secara langsung kepada pemilik MyKeria, iaitu Zira.


Baca juga : Gamer Malaysia Kecewa Kerana Kandungan Upin Ipin Universe Dikenakan Strike

Baca juga : ‘Pejuang SGD’ Jalan Kaki Ke Singapura Lepas Bas Syarikat Mogok

Isu Tular: Didakwa Dipecat Sebab Tak Kongsi RM300

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan Nabila telah dipecat oleh Zira, majikannya, selepas enggan berkongsi wang pemberian sebanyak RM300 yang diberikan oleh Cikgu Shaari kepada rakan sekerja lain.

Situasi itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya menyebelahi Nabila dan menyifatkan tindakan majikan itu sebagai tidak wajar.

Zira Akui Silap, Mohon Maaf Secara Terbuka & Tertutup

Setelah isu itu semakin hangat dan mendapat perhatian ramai, Zira selaku pemilik MyKeria akhirnya tampil mengakui kesilapan dan mengakui bahawa tindakannya terhadap Nabila tidak sepatutnya berlaku.

Beliau juga dikatakan telah memohon maaf kepada Nabila secara terbuka dan peribadi, selepas menyedari tindakannya bersifat keterlaluan.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber :Threads

Maximus— 28/07/2025,  11:47AM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos