· · ·

Caprice Dedah Penyanyi Grooming Pelakon Cilik Siap Cium Bibir Dan Rayu Tarik Laporan

Caprice Dedah Penyanyi Tradisional Didakwa Grooming Pelakon Cilik

Nama Caprice tak asing bila bab pendedahan berani — tapi kali ni, pendedahan dia memang buat ramai tergamam. Menerusi akaun Instagram, Caprice dedahkan mesej daripada ibu kepada seorang pelakon cilik yang sedang meningkat naik.

Apa yang didakwa bukan benda kecil — seorang penyanyi lagu tradisional dikatakan terlalu rapat dengan anaknya sampai sanggup ciuman di hujung bibir, pipi dan dahi, belikan barang mahal dan lebih teruk, mula mempengaruhi perangai si anak.

“Nak Jadikan Anak Angkat Sebab Tak Ada Anak Lelaki”

Menurut ibu pelakon tu, lelaki berkenaan mula dekati anaknya lepas tawarkan watak dalam teater. Kemudian, dia dan isterinya datang berjumpa si ibu kononnya nak jadikan anak angkat sebab katanya mereka tak ada anak lelaki.

Lama-lama, si ibu mula syak sesuatu bila nampak perubahan ketara pada anaknya — makin kurang ajar, makin berani, makin hilang hormat pada mak ayah.

“Masa tu saya terdetik nak tengok WhatsApp anak saya dengan dia… bila saya baca, saya terkejut,” kata si ibu dalam mesej kepada Caprice.


Baca juga :Pempengaruh Malaysia Yang Hilang Dan Kereta dijumpai dalam sungai, Kini Tular Bernikah Di Thailand

Baca juga :CIA Kongsi Gambar Syiling Malaysia, Netizen Tertanya-Tanya Apa Motif Sebenar?

Caprice Tunjuk Mesej WhatsApp & Tangkapan Layar

Caprice kemudian kongsi beberapa tangkap layar WhatsApp antara pelakon cilik tu dengan penyanyi lelaki terbabit. Ada juga mesej dari isteri penyanyi tu sendiri yang merayu si ibu tarik laporan polis.

Antara ayat paling “panas” yang dikongsi:

“Saya harap jasa baik awak tarik laporan polis… kalau tidak, kami boleh dibuang kerja sebab kami penjawat awam.”

Netizen Minta Siasatan Segera

Pendedahan ni buat netizen naik angin. Ramai minta pihak berkuasa ambil tindakan segera dan siasat dakwaan ni secara telus. Lagi-lagi bila ia melibatkan kanak-kanak bawah umur dan unsur sexual grooming.

Setakat artikel ni ditulis, penyanyi lelaki tu masih belum keluarkan apa-apa kenyataan rasmi untuk jawab isu ni.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : OHBULAN!

Maximus— 29/07/2025,  12:08PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos