Prince Syed Dan Isteri Beli Set Perabot Di Kedai Perabot Johor
Dari Bantu 10 Keluarga, Jadi 30 Sekaligus!
Tindakan usahawan terkenal, Prince Syed, menyumbang perabot kepada golongan kurang berkemampuan telah menarik perhatian netizen di TikTok. Dalam satu video berdurasi 24 minit, beliau dan isterinya, Fatin Syazwani, dilihat membeli 30 set perabot lengkap bernilai RM129,000 dari sebuah gedung di Ulu Tiram, Johor Bahru.
Menurut Prince Syed, pada awalnya mereka hanya mahu membantu 10 buah rumah. Namun selepas melihat harga yang sangat berpatutan, mereka memutuskan untuk menambah jumlah kepada 30 keluarga.
“Set perabot di gedung ini hanya RM3990 sahaja. Rezeki untuk mereka, Alhamdulillah.”
Lengkap Dengan Semua Kelengkapan Rumah
Setiap keluarga yang dipilih menerima satu set penuh kelengkapan rumah termasuk katil, tilam, almari, sofa, rak televisyen, dan set meja makan.
Prince Syed menjelaskan bahawa niat ini tercetus selepas beliau menerima mesej daripada beberapa individu yang memerlukan bantuan.
“Ini semua untuk mereka yang mesej saya dan ‘team’ saya turun sendiri melihat keadaan rumah mereka.”
Baca juga :Durian Musang King Malaysia Dinobatkan ‘Raja Segala Raja’ Dunia 2025
Baca juga : Shila Amzah Dedah: Bukan Awie, Tapi Amy Search Yang Serang Saya!
Reaksi Netizen: “Sebak Tengok…”



Perkongsian tersebut mencetuskan gelombang sokongan dan emosi di kalangan pengguna media sosial. Ramai yang memuji keikhlasan Prince Syed dan berharap lebih ramai influencer mencontohi langkah sebegini.
“alhamdulillah… murah rezeki… kongsi rezeki. mkin bertambah,” tulis seorang netizen.
“Semoga tuan dan sekeluarga di permudahkan urusan membuat kerja amal kebajikan,” tambah yang lain.
Janji Untuk Teruskan Bantuan Bulan Depan
Menutup video tersebut, Prince Syed turut menyatakan hasratnya untuk terus membantu golongan memerlukan secara berperingkat.
“Kita datang lagi ke sini untuk bantu rumah-rumah seterusnya.”
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber :Tiktok
@prince.syed.shahid Shopping perabot RM 129K sahaja , untuk nak bagi pada orang yang memerlukan , asalnya nak beli untuk 10 rumah jer , pastu tak sangka lak harga murah kat @RBL PERABOT GEMILANG ULU TIRAM ni , terus beli untuk 30 set kelengkapan full house untuk 30 buah rumah orang yang tidak berkemampuan , ni semua yang ada inboxx msg dan team kami turun sendiri lihat rumah mereka dan sepatutnya pada awalnya nk bg 10 rumah jer untuk bulan ni dan next untuk bulan depan , to sebab murah dan berbaloi , terus sekali harung jer bagi 30 rumah , rezeki untuk mereka , Alhamdulillah , rezeki dari Allah … bulan depan kita datang lagi kat sini untuk rumah2 seterusnya … 🥰 tapi sumpah tak sangka camne owner nya boelh buat harga rm3990 untuk full house ? Ada ke untungnya ? Hebat ownernya ni , korang yang baru kawen atau yang bajet , boleh beli set ni sebab berbaloi , kalo kat luar mahu rm50k tak kurang ya kalo full house perabot rumah , ini RM 3990jer ya Allah murah
♬ original sound - Prince Syed Couture - Prince Syed Couture



