· · ·

Amir Raja Lawak Rayu Tuntut Duit Hutang Untuk Beli Pampers Dan Rawatan Ayah

Amir Rayu Syarikat TV Langsaikan Hutang RM18,000

Pelawak dan bekas peserta Raja Lawak, Amir Raja Lawak, sekali lagi mengangkat suara menuntut bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 daripada sebuah syarikat TV.

Menerusi hantaran di Facebook, Amir menyebut nama dua individu — Dato Adam dan Dato Ilyas — yang dikatakan masih belum melunaskan bayaran tersebut walaupun sudah lama dituntut.

“Hutang bayaran masih sangkut lagi RM18,000 ianya masih belum dilangsaikan ya Dato Adam Dato Ilyas,” tulis Amir.

“Saya Bukan Nak Bising, Tapi Betul-Betul Terdesak”

Dalam luahan panjang tersebut, Amir turut menjelaskan kenapa dia tidak membawa isu ini ke pihak berkuasa atau menggunakan peguam.

Menurutnya, sudah ramai pihak lain turut menghantar laporan dan surat peguam, namun semuanya masih tidak membuahkan hasil.

“Berkenaan surat peguam, mengikut info yang saya terima, dah banyak surat lawyer yang dah di hantar kepada dia sebenarnya… dia masih berada di rumah, shopping, bercuti lagi,” dedah Amir.


Baca juga :Durian Musang King Malaysia Dinobatkan ‘Raja Segala Raja’ Dunia 2025

Baca juga : CIA Kongsi Gambar Syiling Malaysia, Netizen Tertanya-Tanya Apa Motif Sebenar?

Duit Untuk Pampers & Rawatan Ayah

Apa yang lebih menyayat hati, Amir berkongsi bahawa dia kini benar-benar memerlukan duit tersebut untuk membeli pampers, susu dan stoma bag bagi keperluan ayahnya yang sedang sakit.

“Saya nak pakai duit tu untuk beli pampers, susu, stoma bag, ubat-ubat, kos-kos lain yang berkait juga.”

Tambah Amir, dia kini terpaksa menjadi lebih berani bersuara kerana simpanan semakin habis, dan keperluan keluarga semakin mendesak.

Luahan Di Hospital Ketika Temani Ayah

Amir juga mendedahkan bahawa hantaran itu ditulis ketika dia berada di hospital menunggu sesi rawatan ayahnya.

“Saya tulis ni pun sementara tunggu setel appointment kat hospital hari ini, ada cuci usus dan scan apa yang patut.”

Amir mengakhiri posting tersebut dengan ucapan terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan memahami keadaannya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : VOCKET

Maximus— 6/08/2025,  2:26PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos