GAMBAR – ‘Kami Selesa Di Malaysia’ – Pekerja Asing Indonesia Balas Kenyataan Prabowo
Pekerja Asing Indonesia Balas Kenyataan Presiden
Kenyataan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, yang mahu mengurangkan jumlah pekerja asing dari republik itu di luar negara terutama sektor domestik, menerima respon mengejutkan daripada rakyatnya sendiri yang kini bekerja di Malaysia.
Selesa Hidup Di Malaysia
Menerusi hantaran di media sosial, ramai pekerja asing Indonesia menegaskan mereka sudah selesa berada di Malaysia dan enggan kembali ke tanah air. Mereka menyifatkan Malaysia sebagai negara dengan peluang pekerjaan yang lebih terbuka serta ekonomi yang lebih stabil berbanding Indonesia.
“Di sini kerja senang dapat, gaji pun lebih baik. Kalau balik, nak kerja apa?” luah seorang pekerja.
Baca juga : Netizen Indonesia Kecam Animasi Merah Putih: One For All, Banding Dengan Upin Ipin
Baca juga : Wanita Indonesia Puji Anwar Ibrahim Kata Malaysia Layak Dicontohi
Faktor Utama Enggan Pulang
Antara alasan yang sering dikemukakan ialah kesukaran mencari pekerjaan di Indonesia, keadaan ekonomi yang tidak menentu serta ketidakstabilan politik yang merumitkan keadaan.
Bagi mereka, peluang di Malaysia lebih meyakinkan dan menjamin masa depan berbanding di negara asal.
Cadangan Prabowo Tentang Pendidikan Vokasional
Dalam masa yang sama, Prabowo turut menggesa agar kabinetnya menyediakan konsep pendidikan vokasional yang lebih kukuh. Langkah ini bertujuan melahirkan tenaga mahir untuk dihantar sebagai pekerja luar negara dengan kedudukan lebih baik di pasaran kerja.
Namun, realiti di lapangan menunjukkan ramai pekerja asing Indonesia di Malaysia lebih cenderung untuk terus kekal kerana keselesaan dan kestabilan yang dinikmati di sini.


