· · ·

“Tu Duit Minyak Aku!” – Lelaki Trauma Kena Samun Lepas Balik Kerja

Kena Samun Masa Balik Kerja, Lelaki Trauma Hilang Duit Minyak

Zaman sekarang memang kena sentiasa berjaga-jaga. Baru-baru ini, tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki mendakwa dirinya jadi mangsa samun sekumpulan penunggang motosikal — termasuk seorang wanita.

Difahamkan, kejadian berlaku di Jalan Bukit Ayun, Bayan Lepas, masa dia tengah balik dari tempat kerja nak pulang ke rumah.

“Tu duit minyak aku pergi kerja…”

Dalam video berdurasi 2 minit 43 saat tu, lelaki berkenaan menceritakan pengalaman cemas yang dia lalui.

Dia ditahan oleh sekumpulan individu yang menaiki tiga buah motosikal, sebelum mereka bertindak merampas wang tunai dalam poketnya.

Menurut mangsa, sebanyak RM93 telah dikebas, yang mana itu sebenarnya duit minyak dia untuk pergi kerja.


Baca juga : Bangladesh ‘Raja’ Pekerja Asing di Malaysia! Jumlah Cecah Hampir 900,000 Orang

Baca juga : Lelaki Bangladesh Selamba Minta Bergambar Dengan Minah Saleh, Netizen Risau Bakal Berikan Imej Negatif Kepada Malaysia

Trauma Walaupun Kena Curi RM93 Je

Walaupun nilai tu tak besar, tapi dia tetap rasa sangat terkesan sebab berlaku secara tiba-tiba, dan dia langsung tak sempat nak bertindak balas.

Katanya, pengalaman tu cukup buat dia trauma sampai rasa takut nak ulang alik kerja macam biasa.

Ramai Netizen Simpati, Ada Juga Yang Tertanya

Video kejadian tersebut menarik perhatian ramai netizen. Ada yang rasa marah dan simpati, sebab mangsa cuma nak balik rumah lepas penat kerja — tapi diuji pula dengan kejadian macam tu.

Namun begitu, ada juga yang tertanya-tanya tentang butiran lanjut insiden tu dan berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : tiktok

@

♬ -

Tarziman —26/08/2025,  02:53PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos