· · ·

Puteri Sarah Pilih Damai, Mahu Tamatkan Kisah Dengan ‘Happy Ending’

Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Kini Lebih Tenang

Nama Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pernah menjadi tumpuan hangat gara-gara pergolakan rumah tangga mereka. Namun, keadaan kini sudah jauh berbeza apabila hubungan kedua-duanya semakin reda dan lebih matang.

Demi Anak-Anak, Bukan Lagi Pertengkaran

Bercakap kepada media, Puteri Sarah mendedahkan bahawa dia dan bekas suami kini berusaha mengekalkan hubungan baik. Katanya, apa yang lebih utama adalah kebahagiaan anak-anak serta kestabilan emosinya sendiri.

“Alhamdulillah okay. Dia pun ada part dia, Sarah pun ada part Sarah, tak ada isu. Sarah nak semua okay, nak happy ending. Tak nak bad ending,” katanya dengan nada lega.


Baca juga : Puteri Sarah Dah Lama Move On, Mahukan Cinta Baharu

 

Baca juga : Syamsul Yusof Akhirnya Pulang ke Pangkuan Keluarga, Doa Ibu Dimakbulkan

Keluarga Jadi Kekuatan

Sarah turut menambah bahawa sokongan daripada keluarga sendiri dan keluarga bekas mertua banyak membantu dia melalui fasa sukar ini. Sokongan itu membuatkan dia lebih kuat untuk fokus pada diri dan masa depan.

“Kalau asyik bergaduh je boleh gila tau. Tak larat. Kita nak jaga diri kita juga, kalau gila apa pun tak boleh buat,” jelasnya.

Latar Belakang Perkahwinan

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2014. Namun, mahligai yang dibina tidak bertahan selepas Syamsul memilih untuk berkahwin dengan Ira Kazar di Songkhla, Thailand pada tahun 2023. Sejak itu, Puteri Sarah lebih memilih jalan damai demi memastikan anak-anak membesar dalam suasana yang harmoni.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Media Hiburan Official

Tarziman —27/08/2025,  02:09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos