Wakil Rakyat Cadang Tulisan Jawi Di Kad Pengenalan, Ini 4 Sebabnya
Wakil Rakyat Mahu Tulisan Jawi Pada Kad Pengenalan, Ini 4 Alasannya
Cadangan untuk memasukkan tulisan Jawi ke dalam kad pengenalan rakyat Malaysia kembali dibangkitkan — kali ini oleh YB Dato’ Hajah Mumtaz Md Nawi yang menyeru agar kerajaan mengambil langkah tersebut sama ada untuk versi fizikal mahupun digital.

Petikan dari MalaysiaKini melaporkan bahawa beliau mengemukakan empat sebab utama: legasi, sinergi, identiti dan sekuriti.
1. Legasi – Warisan Kebangsaan Yang Perlu Diangkat
Menurut Mumtaz, tulisan Jawi merupakan warisan kebangsaan yang diiktiraf dalam Akta Bahasa Kebangsaan. Oleh itu, ia wajar dimartabatkan dalam dokumen identiti rasmi seperti kad pengenalan.
2. Sinergi – Hubungan Antarabangsa Lebih Kukuh
Beliau percaya bahawa kemasukan tulisan Jawi ke dalam MyKad, termasuk dalam bentuk digital, boleh memberi nilai tambah dari segi hubungan antarabangsa.
Malaysia, katanya, akan lebih dihormati oleh negara-negara Arab kerana mempunyai identiti Islamik tersendiri, berbanding negara lain di rantau ini.
Baca juga : Puteri Sarah Dah Lama Move On, Mahukan Cinta Baharu
Baca juga : Syamsul Yusof Akhirnya Pulang ke Pangkuan Keluarga, Doa Ibu Dimakbulkan
3. Identiti – Hak Perlembagaan & Peranan JPN
Isu tulisan Jawi juga dikaitkan dengan soal hak perlembagaan rakyat, di mana Mumtaz menjelaskan rakyat perlu diberi hak untuk mengisi borang rasmi dalam tulisan Jawi — sama ada secara fizikal atau digital.
Beliau juga menekankan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai entiti tunggal yang menguruskan kelahiran, kematian dan identiti rakyat patut menjadi pemegang amanah utama untuk mengangkat tulisan Jawi dalam dokumen rasmi negara.
4. Sekuriti – Ciri Keselamatan Tambahan
Dari sudut keselamatan, tulisan Jawi dikatakan mempunyai kelebihan unik kerana bentuk aksaranya yang lebih terhad dan sukar dimanipulasi.
“Dari sudut keselamatan lapisan pertama (first-tier security), ini kelebihan yang kita tidak boleh abaikan,” kata beliau.



