Penjual AirPods Tiruan Panggil Pelancong ‘Bodoh’ Sebab Nak Refund
Pelancong Minta Refund, Penjual Pula Maki ‘Bodoh’
Niat pelancong ini hanya mahu minta refund kerana barang yang dibeli tak berfungsi. Tapi lain pula yang dia terima — dimaki dengan perkataan ‘bodoh’ oleh penjual tempatan.
Insiden itu tular selepas dimuat naik menerusi satu video di TikTok, memaparkan sepasang peniaga yang dipercayai berniaga secara tidak sah di sebuah jambatan, berdepan dengan pelancong lelaki yang kecewa selepas membeli AirPods tiruan.
AirPods Berfungsi Sebelah, Penjual Salahkan Bateri
Dalam video tersebut, pelancong itu cuba menjelaskan bahawa fon telinga yang dibelinya hanya berfungsi sebelah sahaja. Walaupun dia tahu barang tersebut bukan original, dia tetap ingin lihat sama ada penjual akan bertanggungjawab atau tidak.
Seorang lelaki, dipercayai pasangan kepada peniaga wanita itu, cuba ‘periksa’ AirPods berkenaan, sebelum menyimpulkan masalahnya hanyalah bateri tak penuh.
Namun pelancong itu membalas dengan tenang, “It’s not supposed to take 3 hours,” dan minta wangnya semula kerana barang dijual memang rosak.
Baca juga : Puteri Sarah Dah Lama Move On, Mahukan Cinta Baharu
Baca juga : Syamsul Yusof Akhirnya Pulang ke Pangkuan Keluarga, Doa Ibu Dimakbulkan
Penjual Tetap Berkeras, Siap Suruh Beli Lain
Penjual tersebut bagaimanapun enggan mengalah, dan berkata mana-mana pembelian di tempat itu tidak boleh dipulangkan — walaupun rosak. Dia juga menyarankan pelancong itu untuk “beli satu lagi kalau nak yang berfungsi.”
Apabila diasak berkali-kali, penjual itu akhirnya menghamburkan kata kesat, memanggil pelancong tersebut “bodoh” sambil menyuruh dia beredar selepas memulangkan wang.
Netizen Bengang, Imej Malaysia Terjejas
Tindakan kasar itu buat ramai netizen naik angin. Ramai risau imej Malaysia tercalar di mata pelancong, apatah lagi ketika negara sedang aktif mempromosikan pelancongan antarabangsa.
Selain itu, ramai juga membidas sikap tidak jujur peniaga yang terang-terangan menjual barang tiruan, tapi langsung tak bertanggungjawab bila pembeli ditipu.
“Kalau tahu barang tu tiruan pun, takkanlah sampai kena maki kalau orang nak refund,” kata salah seorang netizen.
“Perlu ada tindakan terhadap peniaga macam ni. Malukan negara je,” tambah yang lain.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@wan4hmad_ Just a simple reminder untuk akak ni.. nak jual barang biar la jujur lepastu pula kau dah la jual barang fake, barang rosak pula tu lepastu kawan tu nak refund, kau siap bodohkan lagi orang tu.. akak, disebabkan orang2 macam kau ni lah punca nama Malaysia buruk dekat mata dunia.. apa2 pun goodluck la kak, kau dah famous dekat youtube, satu dunia tengok kau kak 🤣🤣 Btw boleh tengok dekat youtube @Curlykidlife #viral #fyp #tiktok #malaysia #malaysiatiktok
♬ original sound - KNINE 🇵🇸 - KNINE 🇵🇸



