“Tak nikah lagi sembang kencang” – PU Syed Tegur DMA Islam Isu Lelaki Buat Kerja Rumah
“Tak nikah lagi sembang kencang” – PU Syed Tegur DMA Islam Label Lelaki Buat Kerja Rumah ‘Songsang’
Nama DMA Islam kembali mencetuskan kontroversi selepas kenyataannya yang mengaitkan lelaki yang membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai tidak ‘jantan’ dan ‘songsang’.
Pandangannya itu menimbulkan kemarahan ramai, termasuk pendakwah terkenal PU Syed yang tampil memberi teguran secara terbuka.
“Rasulullah SAW sendiri bantu isteri-isteri baginda”
Menurut PU Syed, kenyataan DMA Islam itu jelas tidak tepat dan bercanggah dengan sunnah Rasulullah SAW.
“Rasulullah SAW sendiri membantu isteri-isteri baginda di rumah dan ia langsung tidak menjejaskan kedudukan baginda sebagai seorang khalifah,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa para sahabat Nabi seperti Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar juga pernah membantu di rumah, menunjukkan sifat tanggungjawab dan kasih sayang — tanpa menjejaskan martabat mereka sebagai lelaki.
Baca juga : Puteri Sarah Dah Lama Move On, Mahukan Cinta Baharu
Baca juga : Syamsul Yusof Akhirnya Pulang ke Pangkuan Keluarga, Doa Ibu Dimakbulkan
“Tak nikah lagi sembang kencang”
Dalam nada sinis, PU Syed juga menyindir DMA:
“Tak nikah lagi sembang kencang,” kata PU Syed, merujuk kepada kenyataan DMA yang dianggap terlalu lantang bercakap tentang rumahtangga walaupun belum berkahwin.
Teguran itu disambut baik oleh netizen yang rata-ratanya menyokong kenyataan PU Syed.
Netizen Setuju: Bantu Isteri Itu Sunnah, Bukan Lemah
Ramai berpendapat bahawa membantu isteri di rumah adalah bukti cinta dan tanggungjawab, bukan kelemahan atau tanda “tak jantan” seperti yang didakwa DMA.
Netizen juga menyifatkan kenyataan DMA sebagai keterlaluan dan mengelirukan, serta tidak mencerminkan realiti kehidupan berumahtangga masa kini.



