· · ·

Wanita Malaysia Di UK Kongsi Majikan Mat Saleh Hormat Waktu Solat

“Mat Saleh Pun Respect Waktu Solat” – Wanita Ini Kongsi Surau Selesa Di Pejabatnya Di UK

Dalam sebuah perkongsian video TikTok yang kini tular, seorang wanita Malaysia dikenali sebagai Aida meluahkan rasa syukur dan bangga apabila majikannya di United Kingdom bukan sahaja memahami keperluan solat, malah menyediakan surau lengkap untuk para pekerja Muslim.

Majikan Dikecam Kerana Larang Pekerja Solat

Aida tampil memberikan pandangan selepas terdengar cerita tentang segelintir majikan yang melarang pekerja Muslim menunaikan solat semasa waktu kerja. Menurutnya, larangan seperti itu tidak masuk akal kerana solat hanya mengambil masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja.

Katanya, sebelum memilih tempat kerja, salah satu perkara penting yang dinilai adalah kemudahan dan kebajikan yang disediakan oleh syarikat, termasuk ruang solat.

Baca juga : Netizen Indonesia Kecam Animasi Merah Putih: One For All, Banding Dengan Upin Ipin

Baca juga : Wanita Indonesia Puji Anwar Ibrahim Kata Malaysia Layak Dicontohi

“Bos Mat Saleh Saya Pun Hormat Waktu Solat”

Bekerja di firma audit terkenal Deloitte yang beribu pejabat di UK, Aida menunjukkan suasana surau yang dinamakan sebagai ‘Multi-Faith Room’. Walaupun kecil, ruang itu lengkap dengan kemudahan seperti tempat wuduk mini, singki, tong sampah, kerusi dan sejadah. Malah, ruang tersebut dibahagikan antara lelaki dan wanita.

“Jadi kalau bos korang tak bagi solat, bagi tahu dia ia cuma ambil 10-15 minit. Lagi-lagi masa lunch break. Takkan syarikat tu boleh runtuh hanya sebab bagi masa untuk solat,” ujarnya.

Netizen Luah Kecewa Dengan Syarikat Yang Tiada Surau

Rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Aida dan berkongsi pengalaman sendiri di ruangan komen. Ada yang meluahkan rasa kecewa apabila terpaksa solat di dalam stor sempit, menyusun kotak sebelum menghadap kiblat. Seorang pengguna TikTok turut berkongsi pengalaman menangis semasa solat kerana terasa begitu teruji.

“Saya pernah solat dalam stor. Sebelum tu kena susun kotak. Rasa sedih sangat, bukan sebab tempat tapi sebab terasa macam diuji,” tulis seorang pengguna.

Ada Majikan Kata Pekerja Solat Terlalu Lama

Dalam masa yang sama, terdapat juga netizen yang memberi sudut pandang berbeza. Mereka mendakwa ada segelintir pekerja mengambil kesempatan dan solat terlalu lama hingga menjejaskan prestasi kerja.

“Sikit je yang solat 5-10 minit. Selalunya sampai 30 minit. Lepas tu masuk meeting lambat dan guna alasan solat,” kata seorang wanita.

Namun begitu, ramai tetap berpendapat bahawa menyediakan ruang solat sepatutnya menjadi tanggungjawab asas majikan, lebih-lebih lagi bagi syarikat yang dimiliki orang Islam.

“Solat Bukan Halang Produktiviti”

Di akhir perkongsiannya, Aida menegaskan bahawa solat tidak pernah menjadi halangan untuk menyiapkan tugasan kerja.

“Asalkan kerja korang siap, solat takkan beri impak negatif pun. Hanya hormati budaya yang berbeza,” katanya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@aideabig

The company won’t go bankrupt because of you, trust me I’m an auditor 😌

♬ original sound - aideabig - aideabig

Tarziman —03/09/2025,  02:09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos