· · ·

Wanita Hilang Gelang, Sungai Terpaksa Dikeringkan

Sungai Terpaksa ‘Dikeringkan’ Demi Cari Gelang Wanita

Sebuah kolam takungan air terjun di Sungai Mudal, Indonesia menjadi tular selepas ia terpaksa dikeringkan gara-gara seorang wanita kehilangan gelang emas ketika sedang mandi.

Kehilangan Gelang Emas Jadi Sorotan Media Sosial

Menurut laporan media tempatan, wanita tersebut menyedari gelangnya hilang semasa berenang di kawasan sungai buatan itu. Tanpa berlengah, dia segera memuat naik video yang menunjukkan beberapa petugas sedang mencari gelang berkenaan di dasar sungai yang telah dikeringkan.

Katanya, dia pasti gelang tersebut terjatuh di dalam air kerana masih kelihatan berada di pergelangan tangannya sebelum hilang secara tiba-tiba.

“Saya nampak gelang itu masih di tangan sebelum saya berenang. Saya memang dah biasa mandi sambil pakai barang perhiasan,” katanya.

Ditemui Semula Dalam Masa Beberapa Jam

Tindakan mencuri perhatian itu membuahkan hasil apabila gelang tersebut berjaya ditemui semula oleh pemiliknya selepas beberapa jam pencarian.

Namun, apa yang lebih mengejutkan ialah wanita itu dikatakan sibuk mencari udang di kawasan tersebut sewaktu petugas sedang bersusah payah mencari barang kemas miliknya.

Video kejadian itu tular di media sosial dan meraih lebih 500,000 tontonan serta pelbagai reaksi netizen.

Baca juga : Netizen Indonesia Kecam Animasi Merah Putih: One For All, Banding Dengan Upin Ipin

Baca juga : Wanita Indonesia Puji Anwar Ibrahim Kata Malaysia Layak Dicontohi

Netizen Kecam – ‘Tak Bertanggungjawab dan Menyusahkan’

Majoriti netizen mengecam tindakan wanita itu yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyusahkan pihak pengurusan tempat riadah tersebut hanya untuk seutas gelang.

“Pakai gelang emas pergi mandi, pastu susahkan semua orang nak kena tolong cari,” komen seorang pengguna.

“Dorang tengah tolong dia cari gelang, dia sibuk cari udang,” sindir yang lain pula.

Pihak Pengurusan Tampil Beri Penjelasan

Susulan tularnya video berkenaan, pihak pengurusan Sungai Mudal tampil memberikan penjelasan bahawa aktiviti mengeringkan sungai buatan itu sebenarnya adalah rutin biasa mereka bagi tujuan penyelenggaraan.

“Kebetulan sahaja kejadian kehilangan berlaku serentak dengan aktiviti rutin kami. Jadi, kami terus bantu cari sekali barang kemas tu,” jelas wakil tempat riadah berkenaan.

Wakil pekerja turut sempat memberikan ‘pesanan’ kepada wanita itu agar berhati-hati di masa akan datang.

“Jangan lupa datang lagi ya. Tapi lain kali, kalau nak berenang simpan dulu barang kemas. Beritahu juga kawan-kawan yang lain,” katanya — nada yang kedengaran seperti gurauan, tetapi sarat dengan sindiran sinis.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@fldzh_lna

Bikin ulah "definisi nguras sungai sesungguhnya" haha hihi berujung duarrr merepotkan petugasnya. Makasih petugas yang super gercep "kuras saiki, sik kolam atas ojo di buka sik" #fyp #lfl #xybca #sungaimudal #mudal #nguras #yogyakarta #kulonprogoyogyakarta #wisatakulonprogo

♬ original sound - 🎶🎧

Tarziman —04/09/2025,  02:54PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos