· · ·

Lelaki Dedah ‘Ulat Parkir’ Ugut Rosakkan Kereta Kalau Tak Bayar

Lelaki Persoal Pemuda Dipercayai Ulat Parkir Cuba Minta Bayaran Raih Pujian [Video]

Isu ulat parkir bukanlah perkara baharu di negara ini. Ia sering berlaku terutama di kawasan tumpuan awam, di mana individu tertentu mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran parkir secara haram.

Terbaharu, seorang lelaki dikenali sebagai Rillo mendedahkan satu insiden yang dialaminya di kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur. Menerusi satu video di TikTok, Rillo berkongsi saat dia cuba dipaksa membayar bayaran parkir oleh seorang pemuda yang tidak menunjukkan sebarang bukti sah.

Enggan Bayar Tanpa Lesen, Rillo Tuntut Penjelasan

Dalam video berkenaan, Rillo memarkir kenderaannya di kawasan berhampiran sebuah restoran mi tarik sebelum dihampiri seorang pemuda. Pemuda itu dikatakan meminta Rillo membayar RM10 untuk caj parkir.

Namun begitu, Rillo menolak permintaan tersebut dan meminta pemuda itu menunjukkan lesen atau bukti bahawa kawasan parkir itu sememangnya dikenakan bayaran.

“Kalau parkir ni kena bayar, mana lesen?” soalnya.

Pemuda itu kemudian memintanya beredar jika enggan membayar kerana tidak mahu bergaduh dan terus meninggalkan kawasan berkenaan.

Baca juga : Netizen Indonesia Kecam Animasi Merah Putih: One For All, Banding Dengan Upin Ipin

Baca juga : Wanita Indonesia Puji Anwar Ibrahim Kata Malaysia Layak Dicontohi

Didakwa Ugut Rosakkan Kereta Jika Tidak Bayar

Dalam perbualan bersama portal BuzzKini, Rillo turut mendakwa bahawa pemuda tersebut mengugut untuk merosakkan keretanya sekiranya dia tidak mengalihkan kenderaan dari kawasan tersebut.

“Suruh saya alih kereta, kalau tak dia rosakkan kereta. Saya duduk je situ dalam 20 minit sebab saya nak tengok dia nak buat apa. Akhirnya dia pergi,” katanya.

Walaupun belum membuat laporan polis, Rillo menyatakan hasratnya untuk membuat aduan rasmi kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

Netizen Sokong & Mahu Isu Ini Didedahkan

Perkongsian Rillo mendapat perhatian ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan ulat parkir.

Ramai yang menyokong tindakan Rillo dan menggesa orang ramai untuk mengambil gambar atau video jika berdepan situasi serupa bagi memudahkan tindakan diambil.

“Risau je, nanti dicalar pula kereta kita kalau tak nak bayar,” kata seorang netizen.

Ada juga yang mendedahkan kawasan lain yang turut menghadapi masalah sama dan menyeru agar perkara ini terus diviralkan untuk memberi tekanan kepada pihak berkuasa agar bertindak.

Undang-Undang Jelas: Kutipan Tanpa Lesen Adalah Kesalahan

Untuk makluman, tindakan mengutip bayaran parkir tanpa lesen sah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak tunduk kepada sebarang paksaan bayaran daripada individu yang tidak mewakili mana-mana pihak berkuasa tempatan seperti DBKL atau MBPJ.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

@rillo____

Tolong collect budak budak camni tahu nk duit haram je #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound - Rillo_ - Rillo_

Tarziman —03/09/2025,  02:09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos