· · ·

Anak Gajah ‘Tanjung’ Sembuh Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Anak Gajah Diselamatkan Dalam Operasi Di Rompin

Anak gajah Kuala Gandah sembuh EEHV selepas diselamatkan dalam operasi memindahkan kumpulan lima ekor gajah di Kampung Pianggu, Rompin bulan lalu.

Anak gajah betina berusia lima bulan itu sebelum ini menghidap penyakit Elephant endotheliotropic herpesvirus atau EEHV yang menyebabkan keadaan fizikalnya lemah dan kurus. Kini, haiwan berkenaan dilaporkan sembuh sepenuhnya dan semakin cergas berada dalam kurungan di PKGK Kuala Gandah, Lanchang.

Dijaga Rapi Dengan Susu Setiap Dua Jam

Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman berkata seorang kakitangan khas ditugaskan untuk menjaga dan mengawasi anak gajah itu.

Menurutnya, setiap dua jam sekali sebanyak empat hingga lima liter susu diberikan menggunakan botol khas kerana pada usia tersebut anak gajah masih bergantung sepenuhnya kepada susu dan belum pandai makan.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses mengajar anak gajah itu makan dilakukan secara berperingkat.

Diberi Nama ‘Tanjung’

@aindatuladha92

Ngam sampai Kuala Gandah,, baby Tanjung a.k.a baby Pianggu tengah mandi.. sempat lah tengok telatah baby ni hehehe #kualagandahelephantconservationcentre #babytanjung #babypianggu #lukchangkha

♬ ช้าง - แช่ม แช่มรัมย์

Anak gajah tersebut diberi nama ‘Tanjung’ dan kini menjadi gajah paling muda di pusat konservasi itu, selain tujuh gajah remaja dan dewasa yang dilatih sebagai denak.

“Pada masa akan datang sekiranya sesuai anak gajah itu dilatih untuk menjadi denak yang digunakan bagi membantu operasi memindahkan gajah dilakukan. Beberapa faktor seperti saiz badan menjadi keutamaan pemilihan denak.

“Anak gajah berkenaan sebelum ini agak kurus dan lemah disebabkan penyakit ulser, namun kini sembuh sepenuhnya. Berat badannya kini semakin bertambah dan sifat aktif kini mula dapat dilihat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan secara berkala dan ubat turut diberikan bagi memastikan tahap kesihatan anak gajah itu sentiasa dipantau.

Kehadiran Pelancong Dijangka Meningkat

Dalam perkembangan sama, Che Ku Mohd Zamzuri berkata jumlah pelancong ke PKGK Kuala Gandah sempena cuti Tahun Baharu Cina dijangka meningkat antara dua hingga tiga kali ganda.

@mrsepett__

Tanjung 🐘#kualagandah #nationalelephantconservationcentre

♬ original sound - 𝔄𝔱𝔦𝔮𝔞𝔥 𝔄𝔟𝔡𝔲𝔩𝔩𝔞𝔥 - 𝔄𝔱𝔦𝔮𝔞𝔥 𝔄𝔟𝔡𝔲𝔩𝔩𝔞𝔥

“Kehadiran pelancong ke PKGK Kuala Gandah bertambah setiap tahun, pelancong begitu tertarik melihat gajah yang dibiarkan bebas dalam kawasan khas. Terdapat dalam kalangan mereka yang datang lebih daripada sekali sambil membawa ahli keluarga dan rakan.

“Tugas utama PKGK Kuala Gandah ialah terbabit dalam aktiviti memindahkan dan menangkap gajah liar selain mengesan dan melakukan pengawalan penceroboh haiwan liar itu. Sebagai contoh, dalam tempoh dua bulan tahun ini, kita memindahkan tujuh gajah,” katanya.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Harian Metro


Tarziman —19/02/2026,  03.54PM

PROTON Buka Tahun 2026 Dengan Prestasi Mengejutkan

 

PROTON memulakan tahun 2026 dengan momentum luar biasa apabila mencatat jualan kumpulan sebanyak 19,833 unit pada Januari, sekali gus menjadi jualan bulanan tertinggi jenama itu dalam tempoh 15 tahun.

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan 35.3 peratus berbanding Disember 2025, dan hampir dua kali ganda berbanding Januari tahun sebelumnya yang mencatat 9,918 unit.

Pegangan Pasaran PROTON Cecah Lebih 30 Peratus

Seiring lonjakan jualan tersebut, pegangan pasaran PROTON dianggarkan sekitar 30.6 peratus, iaitu antara yang tertinggi pernah direkodkan sejak Januari 2012.

Angka ini turut mencerminkan permulaan positif terhadap sasaran PROTON untuk menjual 200,000 unit kenderaan sepanjang 2026.

Proton Saga Jadi Tulang Belakang Jualan

Model paling laris PROTON, Proton Saga 2026, menjadi penyumbang utama kepada kejayaan ini apabila mencatat 10,285 unit jualan dalam sebulan, rekod bulanan tertinggi model tersebut.

Sejak pelancaran rasminya pada November 2025, lebih 19,000 unit Saga telah diserahkan kepada pelanggan, bersamaan satu unit dihantar hampir setiap lima minit.

Momentum tempahan juga kekal kukuh dengan hampir 100,000 tempahan diterima setakat ini.

SUV Siri X & Sedan Siri S Turut Menyumbang

Selain Saga, model lain PROTON turut mencatat peningkatan jualan yang memberangsangkan.

Proton X50 merekodkan 2,429 unit, peningkatan hampir 70 peratus tahun ke tahun, manakala Proton X70 mencatat 672 unit.

Proton S70 pula mencatat bulan terbaiknya sejak Mei 2025 dengan 1,604 unit terjual, menunjukkan sambutan positif terhadap sedan berorientasikan prestasi.

Model perdana Proton X90 turut mencatat pertumbuhan apabila 252 unit berjaya dijual sepanjang Januari.

Strategi Produk & Teknologi Mula Menjadi

Pengurusan PROTON memaklumkan kejayaan awal ini adalah hasil strategi pembaharuan barisan produk, termasuk penawaran kenderaan enjin pembakaran dalaman dan elektrik, serta komunikasi teknologi yang lebih jelas kepada pengguna.

PROTON juga memberi tumpuan kepada pengeluaran tempatan bagi memastikan harga kekal kompetitif tanpa menjejaskan kualiti.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Siakap Keli


Tarziman —05/02/2026,  03.47PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos