·

Nak buat aduan dekat siapa ye pasal monyet ni. geram suka berak dekat anjung rumah dengan atas kereta. – aindiah_

Video viral memaparkan gelagat sekumpulan kera berkumpul di anjung rumah berhampiran ladang kelapa sawit sambil diperhatikan seorang kanak-kanak.

Sekumpulan Kera Berkumpul Di Anjung Rumah

Satu video viral baru-baru ini merakamkan gelagat sekumpulan kera yang berkumpul di anjung sebuah rumah di kawasan perumahan tepi ladang kelapa sawit di Malaysia.

Kehadiran haiwan liar tersebut turut menarik perhatian seorang kanak-kanak perempuan memakai baju tidur merah jambu yang melihat dari sebalik pintu kaca gelangsar.

Reaksi ketawa Kanak-Kanak Melihat Haiwan Liar

Kanak-kanak tersebut  memerhati gelagat kera-kera itu dari dalam rumah sebelum haiwan berkenaan tiba-tiba bertempiaran lari.

Situasi hidupan liar meroboh kawasan perumahan berhampiran ladang seperti ini merupakan satu realiti harian yang sering dialami ramai penduduk.

Video :