Ratusan ikan keli bertebaran di atas jalan raya akibat tumpahan daripada kenderaan pengangkut yang membahayakan pengguna jalan raya.

Sebuah video viral di media sosial memaparkan ratusan ikan keli bertebaran diatas jalan raya dan memenuhi kedua-dua lorong laluan awam.
Kejadian mengejutkan ini dipercayai berlaku akibat sebuah lori ikan terbalik, menyebabkan muatan ikan hidup bertaburan di atas jalan.
Keadaan jalan yang dipenuhi ikan hidup ini menjadi satu halangan luar biasa dan licin buat pengguna yang memandu di kawasan tersebut.
Kelihatan kenderaan yang lalu-lalang serta penunggang motosikal bernombor pendaftaran DCA 7741 terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing untuk mengelak daripada merempuh lambakan ikan di atas jalan.