· · · · ·

Aksi Menyakitkan Mata – Sekumpulan Lelaki Berjubah Arab Menari Tengah Jalan Raya Di Malaysia

Sekumpulan lelaki berpakaian tradisional Arab dilihat menyambut sesuatu sambil menari di tengah jalan raya pada waktu malam sehingga menyebabkan trafik terhenti.

Sambutan Tengah Jalan Buat Trafik Terhenti

Satu video viral di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki berpakaian tradisional Arab mengadakan sambutan di tengah-tengah jalan raya sesak pada waktu malam.

Mereka kelihatan riang menari sambil mengibarkan bendera Arab Saudi, sekali gus menghalang laluan untuk kenderaan lain bergerak.

Pemandu Keluar Kereta Sebelum Bersurai

Keadaan itu turut menarik perhatian individu dari kenderaan lain yang kelihatan keluar dari kereta masing-masing di kawasan komersial tersebut menambahkan lagi kesesakan

Selepas beberapa ketika, suasana kembali reda apabila orang ramai bersurai dan kenderaan meneruskan perjalanan seperti biasa.

PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Video :

Sekumpulan lelaki berpakaian tradisional Arab dilihat menyambut sesuatu sambil menari di tengah jalan raya pada waktu malam sehingga menyebabkan trafik terhenti.