· · · · ·

Terang-terang ada Notis Larangan – Ulat Foto Terus Berniaga Di Saloma Link

Video berdurasi pendek yang viral menunjukkan jurugambar jalanan masih aktif menawarkan khidmat bergambar berbayar di Pintasan Saloma walaupun amaran tegas sudah dikeluarkan.

Terus Ambil Tempahan Depan Papan Tanda Amaran DBKL

Sebuah rakaman video yang kini viral di media sosial memaparkan gelagat beberapa jurugambar jalanan dipercayai warga asing yang terus berniaga di kawasan Pintasan Saloma, Kuala Lumpur.

Mereka kelihatan lengkap membawa peralatan seperti gimbal, lampu LED mudah alih, dan rig telefon bimbit untuk mengambil gambar pengunjung betul-betul di sebelah papan tanda larangan.

Berdepan Risiko Denda Maksimum RM2,000 Atau Penjara

Aktiviti komersial tanpa lesen ini jelas melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Namun sayangnya penguat-kuasaan undang undang susah untuk dilakukan jika melibatkan warga asing itu adalah persoalan rakyat sejak dari dulu

Individu yang didapati menjalankan perkhidmatan fotografi berbayar tanpa kebenaran berdepan hukuman denda maksimum RM2,000 atau hukuman penjara tidak melebihi satu tahun jika mengikut undang undang yang ditetapkan tetapi ianya seperti hanya sebuah peringatan tanpa memberikan kesan

PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Video :

Video berdurasi pendek yang viral menunjukkan jurugambar jalanan masih aktif menawarkan khidmat bergambar berbayar di Pintasan Saloma walaupun amaran tegas sudah dikeluarkan.