· · · ·

Jerebu tebal – Sedih tengok Indonesia, Langit kuning oren akibat kebakaran hutan di Kalimantan

Langit di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia bertukar warna kuning oren yang pekat berikutan kebakaran tanah gambut dan hutan yang teruk.

Langit Kuning Oren Akibat Jerebu Toksik Yang Tebal

Satu video viral memaparkan keadaan jerebu toksik yang tebal akibat kebakaran tanah gambut dan hutan. Keadaan itu telah menyebabkan langit bertukar menjadi warna kuning oren yang cukup pekat di kawasan Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia.

Kelihatan individu berada di kawasan luar berhampiran motosikal yang diletakkan di situ sementara suasana sekeliling diseliputi kabus jerebu yang membimbangkan.

Bimbang Isu Pencemaran Udara Merentasi Sempadan

Masalah pencemaran udara yang teruk serta jerebu merentasi sempadan sentiasa menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia. Ini kerana ia membawa impak kesihatan awam serta kesan alam sekitar yang besar kepada rantau ini.

Baca juga : Bumi Kalimantan – Anggota Bomba Dan Sukarelawan Berdepan Asap Tebal Melawan kebakaran

Baca juga : Lebih 130,000 Individu Direkodkan Terlibat Dengan Dadah, Empat Negeri Ini Catat Kadar Tertinggi

PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sumber

Lokasi: Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia

Punca: Kebakaran tanah gambut dan hutan

Video :

Langit di Palangkaraya, Kalimantan Tengah, Indonesia bertukar warna kuning oren yang pekat berikutan kebakaran tanah gambut dan hutan yang teruk.