· · · ·

‘Go away, I don’t want to see you’ – DYMM YDPB Tuanku Muhriz sangat murka terhadap Ismail Lasim.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz, dilihat murka dan enggan terima kehadiran seorang individu selepas didakwa mempertikai kedudukan baginda.

Tuanku Muhriz Tegas Halau Individu Di Majlis Rasmi

Satu video viral di media sosial merakamkan tindakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz, yang menyelar dan menolak kehadiran seorang individu di perkarangan sebuah bangunan. Kelihatan baginda mengenakan baju Melayu berwarna merah jambu bersama songkok sewaktu kejadian berlaku.

Baginda dengan tegas meluahkan rasa tidak puas hati dan mengarahkan individu berkenaan supaya beredar dari tempat tersebut serta tidak mahu menemui sesiapa yang menghantar surat membabitkan institusi diraja.

Isu Surat Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Kemarahan Tuanku Muhriz dipercayai berpunca daripada tindakan Ismail bin Kassim yang dikatakan telah menulis surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Surat tersebut didakwa mempertikaikan keputusan bersama Exco serta kedudukan baginda sebagai pemerintah negeri.

Baginda menegaskan bahawa selagi individu terbabit tidak menarik balik kenyataan atau apa yang telah dikatakan dalam surat tersebut, baginda enggan sama sekali menemui individu berkenaan.

Baca juga : Dulu Bukan Main Kutuk Isu Islam Dan Gaza, Kini Pemilik Restoran Di London Rayu Bantuan Elak Muflis!

Baca juga : Lee Zii Jia Bawa Bapa & Kakak Ke Mahkamah, Mahu Sekat Kuasa Urus Syarikat Sendiri!

PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sumber

Individu terlibat: Ismail bin Kassim, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz

Pihak penerima surat: Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Video :

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz, dilihat murka dan enggan terima kehadiran seorang individu selepas didakwa mempertikai kedudukan baginda.