Aku Didik Dengan Sabar, Besarkan Mereka Bersama Doa” – Luahan Isteri Nubhan Lepas Tuntutan Hadanah Buat Ramai Sebak
Isteri Nubhan Luah Rasa Sebak Lepas Tuntutan Hadanah
Isteri kepada penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Nubhan Ahamad, iaitu Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, menarik perhatian ramai selepas berkongsi luahan penuh emosi di media sosial berhubung kehidupannya sebagai seorang ibu.
Luahan itu dikongsi tidak lama selepas berita bahawa Nubhan memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan penuh dan interim) terhadap dirinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu.
“Aku Didik Dengan Sabar, Besarkan Mereka Bersama Doa”
Dalam hantaran tersebut, Dr. Afifah menulis kata-kata yang cukup menyentuh hati, menggambarkan kasih dan pengorbanannya dalam membesarkan anak-anak sendirian.
“Aku menatang mereka dengan penuh kasih, didik mereka dengan sabar, membesarkan mereka dengan doa dan harapan.
Setiap langkah, setiap keputusan… semuanya demi mereka.”
Luahan ringkas itu seolah-olah menggambarkan betapa beratnya ujian yang ditanggungnya kini, lebih-lebih lagi ketika berdepan isu tuntutan hak penjagaan tiga orang anak mereka.
Netizen Sebak, Ramai Titip Doa
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui tersentuh dengan kata-kata Dr. Afifah dan memuji kekuatannya sebagai seorang ibu.
Rata-rata mendoakan agar beliau terus kuat dan tabah menghadapi ujian rumah tangga ini, serta berharap agar segala urusan penjagaan anak-anak dipermudahkan dan diselesaikan dengan cara baik.
Latar Belakang Kes Tuntutan Hadanah
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Nubhan, 39, telah memfailkan tuntutan hadanah penuh dan interim terhadap isterinya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sejak September.
Menurut peguamnya, Mohd Redzuan Ramli, prosiding tersebut merupakan sebutan pertama kes, namun Nubhan tidak hadir kerana terikat dengan urusan kerja.
Beliau berkata, anak guamnya menuntut hak penjagaan penuh termasuk urusan bermalam, lawatan hari raya, persekolahan dan perkara berkaitan. Walau bagaimanapun, butiran penuh tidak dapat didedahkan kerana masih di bawah klausa mahkamah.
Tiga Anak Dalam Jagaan Ibu
Buat masa ini, tiga anak pasangan itu — Aafiya Kamilia (7 tahun), Ahmad Aaffan (5 tahun) dan Afzan Nayille (4 tahun) — berada dalam jagaan ibu mereka, Dr. Afifah.
Bagaimanapun, Nubhan tidak dihalang untuk berjumpa anak-anaknya. Kedua-dua pihak juga difahamkan bersetuju untuk berbincang bagi mencari penyelesaian secara baik.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 26 November ini.
Selain itu, Nubhan juga memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, melibatkan lafaz pada 2017, Ogos lalu, serta satu lafaz rujuk selepas talak pertama.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



