Ucapan Harszan Buat Ibu Bapa Kandung Undang Sebak – “Saya Tak Marah & Sudah Tiada Dendam”
Ucapan Sebak Harszan Buat Ibu Bapa Kandung
Ucapan penuh emosi oleh personaliti media sosial Harszan yang ditujukan kepada ibu bapa kandungnya telah menyentuh hati ramai warganet.
@bliss_4i weh srs takle part ni 🥹🥲 [ #aiharszan #fyp #aiteam #ryzan #fyp ] @harszanlagi
♬ Runtuh - Feby Putri & Fiersa Besari
Dalam video yang tular di TikTok, Harszan mengucapkan terima kasih kepada ibu kandungnya atas pengorbanan melahirkan dirinya ke dunia, sambil menitipkan kata-kata penuh kasih dan keinsafan.
“Kepada ibu, kalaulah ibu kenal saya, Assalamualaikum. Saya sudah besar dan berumur 23 tahun. Maksudnya kejadian dahulu sudah berlaku 23 tahun lepas, ketika itu tahun 2002.
Kalau ibu menonton, saya nak ucapkan terima kasih sebab kalau tak ada ibu, maka tak ada saya. Kalau saya tak ada, tak adalah peluang untuk diri saya ke syurga.”
“Saya Tak Marah & Sudah Tiada Dendam”
Dalam video sama, Harszan turut meluahkan bahawa dia kini sudah berdamai dengan masa lalu, meskipun pernah menyimpan rasa marah dan dendam terhadap bapa kandungnya suatu ketika dahulu.
“Kepada bapa saya, terima kasih juga sebab jumpa ibu kandung saya.
Ketahuilah bahawa saya tak marah dan sudah tiada dendam. Pernah ada dendam tapi seiring dengan masa saya sudah maafkan dan ia sudah pun larut sebab saya jenuh merayu dengan Tuhan untuk hilangkan rasa itu.”
Ucapan tersebut membuat ramai penonton sebak, apabila Harszan mengakui bahawa proses memaafkan bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia tetap memilih untuk berdamai demi ketenangan jiwa.
Reda Dengan Takdir Hidup
Mengakui kehidupannya dahulu tidak mudah, Harszan berkata dia kini menerima segala ketentuan Allah SWT dengan reda, termasuk takdir hidup tanpa ibu bapa kandung sejak kecil.
“Hidup saya pun dahulu susah dari pelbagai segi.
Bukan salah sesiapa mahupun ibu atau bapa. Tapi ini memang caturan Allah dalam hidup dan saya terima.
Kalau mereka masih hidup, semoga sihat. Kalau saya ada darah daging yang lain, semoga semuanya sihat juga. Ada rezeki kita jumpa atas dunia, kalau tidak nanti saya minta kita jumpa dekat syurga.”
Pernah Ditemui Ketika Masih Bayi
Sebelum ini, menerusi sebuah podcast, Harszan pernah berkongsi kisah hidupnya yang menyayat hati apabila dia ditemui orang awam ketika masih bayi di sebuah kawasan perumahan.
Selepas diselamatkan dan dibawa ke hospital, Harszan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga berusia dua tahun, sebelum diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri yang kini membesarkannya.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


