· ·

“Tolong Ada Orang Serang Saya! Yang Korang Kata Lembut?” – Individu Dedah Mesej Dihantar Bekas Isteri Nubhan

Konflik rumah tangga antara penyanyi Nubhan Ahamad dan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek (Dr. Fie), kini semakin hangat apabila seorang individu bernama Syamim Razi tampil mendedahkan mesej peribadi yang dikatakan dihantar oleh Dr. Fie sendiri.

Pertelingkahan Melibatkan Pihak Luar

Dalam mesej yang dikongsikan, kelihatan kedua-duanya saling berbalas kata mempertahankan diri masing-masing. Dr. Fie dikatakan menegaskan bahawa dia mempunyai hak terhadap Nubhan termasuk hal berkaitan harta memandangkan dia merupakan isteri yang telah melahirkan tiga orang anak.

Namun, perbualan itu bertukar tegang apabila Syamim mula mempersoalkan sikap Dr. Fie yang dianggap berbeza daripada imej lemah lembut yang sering digambarkan oleh netizen.

Syamim juga mendakwa Dr. Fie menuduh ibunya sebagai punca keretakan rumah tangga Nubhan.

“Kalau Betul Mak Aku Orang Ketiga, Kenapa Dia Datang Minta Maaf?”

Dalam hantaran lain, Syamim menulis:

“Kalau betul mak aku orang ketiga, kenapa dia datang minta maaf pada aku? Cuma sis cuba jadi Amber Heard.”

Dia juga membidas netizen yang menuduhnya masuk campur dalam urusan rumah tangga Nubhan dan Dr. Fie.

“Kalau betul aku orang luar tak patut masuk campur, siapa korang nak komen dan jadi netizen? Korang boleh bising, aku tak boleh? Macam tu pulakkkk.”

Diserang Netizen, Syamim Jelaskan Isu Perkataan “Dajjal”

Syamim turut meluahkan rasa kecewa kerana terus menerima serangan daripada netizen selepas kenyataannya tular.

Namun, selepas dikecam kerana menggunakan perkataan “dajjal”, Syamim tampil memberi penjelasan:

“Aku bukan panggil orang dajjal, aku cakap macam mana nak berhadapan dengan dajjal.”

Sebelum ini, Syamim telah menafikan bahawa ibunya menjadi punca perceraian antara Nubhan dan Dr. Fie. Dia menjelaskan keluarganya tidak pernah campur tangan dalam urusan peribadi pasangan itu dan sudah membuat laporan polis untuk membersihkan nama keluarga daripada fitnah.

Dr. Fie Jelaskan Siapa Sebenarnya Syamim

Dalam satu kenyataan balas, Dr. Fie menjelaskan bahawa Syamim dan ibunya hanyalah jiran kepada Nubhan, bukan ahli keluarga atau individu yang terlibat secara langsung dalam urusan rumah tangganya.

Netizen yang mengikuti perkembangan isu ini turut memberi pelbagai reaksi, dengan ramai menggesa agar kedua-dua pihak berhenti membuka aib di media sosial demi menjaga maruah anak-anak yang masih kecil.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Syamim Razi

Tarziman —11/11/2025,  01.51PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos