· ·

DBKU Keluarkan Amaran Mengenai Trend Baharu Di Media Sosial

Satu trend di media sosial kini menyaksikan ramai individu memanjat papan tanda jalan dan tiang lampu semata mata untuk mengambil gambar yang dianggap menarik untuk dimuat naik ke TikTok dan Instagram. Tindakan ini mencuri perhatian Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang menyifatkannya sebagai tidak bermoral, berbahaya dan tidak patut dilakukan.

Tindakan Ini Adalah Satu Kesalahan Di Bawah Undang Undang

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 12 November, DBKU menjelaskan bahawa menampal apa apa bahan seperti pelekat atau poster pada papan tanda tanpa izin juga merupakan satu kesalahan di bawah Undang Undang Kecil 22(1)(b) dan Undang Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan Kebersihan 1999.

Tonton video Disini

Perbuatan memanjat struktur awam ini termasuk dalam kategori yang sama dan boleh dikenakan tindakan.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh didenda sehingga RM1,500. Untuk kesalahan berulang, denda tambahan sehingga RM3,000 boleh dikenakan atau hukuman penjara sehingga sembilan bulan boleh dipertimbangkan.

DBKU Akan Buat Laporan Polis

DBKU turut memaklumkan bahawa mereka akan membuat laporan polis susulan insiden tular yang memaparkan individu memanjat papan tanda di Kuching. Tindakan itu dianggap tidak menghormati kemudahan awam serta boleh mengganggu ketenteraman awam.

Menurut DBKU, tingkah laku seperti itu bukan sahaja merosakkan kemudahan, malah membahayakan keselamatan orang ramai dan diri sendiri. Pihak berkuasa menegaskan bahawa mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang melanggar etika dan adab di kawasan awam.

Orang Ramai Diminta Jaga Tatasusila

DBKU menggesa masyarakat agar menghormati harta awam dan menjaga kelakuan semasa berada di kawasan bandar. Kerjasama orang ramai diperlukan bagi memastikan Kuching sentiasa bersih, teratur dan menjadi tempat tinggal yang selamat untuk semua.

Ramai netizen turut bersetuju dengan tindakan DBKU dan berpendapat bahawa trend media sosial tidak sepatutnya mengabaikan keselamatan serta undang undang sedia ada.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Tiktok

Tarziman —13/11/2025,  02.33PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos