Jefri Nichol ‘Kerja’ Kilang Kondom Di Johor, Netizen Terhibur & Tergelak Besar
Jefri Nichol Buat Netizen Terkejut Di Pontian
Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol, sekali lagi menjadi perhatian apabila muncul di Pontian, Johor dengan latar yang tidak dijangka, sebuah kilang kondom.
‘Kerja’ Kilang Kondom Atau Sekadar Konten?
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Jefri mendedahkan kunjungannya ke kilang berkenaan dan turut mencuba sendiri proses pemeriksaan kondom sebelum dipasarkan. Aksinya lengkap berseragam pekerja kilang membuatkan ramai menyangka dia benar-benar bekerja di situ.
Periksa 12,000 Kondom Setiap Syif
Menurut Jefri, kerja tersebut bukan mudah seperti disangka. Setiap kondom perlu diperiksa satu persatu bagi memastikan tiada kecacatan. Dalam satu perkongsian, dia menyebut seorang pekerja boleh memeriksa sekitar 12,000 unit setiap syif, dengan tiga syif sehari.
“Susah betul nak periksa ada lubang atau tidak. Kena teliti satu-satu,” katanya secara berseloroh.
Netizen Terhibur, Ada Yang Terus ‘Menyala’
Ruangan komen pula dibanjiri reaksi bercampur. Ada yang terhibur dengan kejujuran Jefri berkongsi proses sebenar, ada juga yang menyindir kononnya ini ‘pekerjaan paling stres’ yang pernah ditunjukkan selebriti. Tidak kurang juga yang mempersoalkan sama ada ini strategi promosi atau sekadar konten luar kotak.
Bukan Pekerja Tetap, Hanya Lawatan Promosi
Difahamkan, kehadiran Jefri ke kilang tersebut hanyalah untuk tujuan promosi dan penghasilan kandungan media sosial, bukan sebagai pekerja sebenar. Namun cara penyampaiannya yang santai dan berani membuatkan konten itu cepat tular.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



