· · ·

Netizen Selar Sasha Abdul Aziz Kongsi Pengalaman Rawatan Ketatkan Bahagian Intim

Sasha Abdul Aziz Kongsi Rawatan Laser Bahagian Intim

Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz, mencetuskan perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman menjalani rawatan laser pada bahagian kemaluan sebagai sebahagian daripada penjagaan diri. Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Threads yang kemudiannya tular di media sosial.

Menurut Sasha, rawatan itu bertujuan untuk membantu mengetatkan semula tisu di bahagian intim serta memberi kesan pencerahan kulit. Dia secara terbuka mengakui ini merupakan kali pertama dirinya mencuba rawatan berkenaan selepas melalui pengalaman melahirkan tiga orang anak.

“Kali pertama aku buat laser di bahagian kemaluan bagi ketat. Maklumlah dah anak tiga kan,” tulisnya.

Akui Rasa Gerun Pada Awal Proses

Berkongsi lanjut tentang pengalaman tersebut, Sasha menjelaskan dia pada mulanya berasa agak takut sebelum menjalani rawatan. Namun, menurutnya, prosedur itu tidaklah sesakit yang dibayangkan.

“Menakutkanlah mula-mula tapi taklah sakit mana pun. Cuma tak selesa masa masuk besi (peranti laser) tu,” katanya lagi.

Malah, Sasha turut menyarankan wanita lain, khususnya mereka yang mempunyai ramai anak, untuk mempertimbangkan rawatan tersebut sebagai salah satu pilihan penjagaan diri.

Netizen Anggap Perkongsian Tidak Sensitif

Namun begitu, keterbukaan Sasha itu tidak diterima baik oleh sebahagian netizen. Rata-rata warganet menyifatkan perkongsian tersebut sebagai tidak sensitif dan kurang sesuai untuk dikongsikan secara terbuka di platform media sosial.

Ada juga netizen yang mempersoalkan aspek hukum dan mendakwa prosedur tersebut adalah haram, selain berpendapat perkara berkaitan bahagian intim seharusnya bersifat peribadi dan tidak dijadikan kandungan umum.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —21/01/2026,  01.51PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos