Tular Video Warga Rohingya Berdemo Di Indonesia, Tuntut Bantuan Sara Hidup Ditambah
Pelarian Rohingya Berhimpun Di Hadapan Pejabat IOM

Baru-baru ini, tular di media sosial rakaman video memaparkan kira-kira 100 orang pelarian etnik Rohingya berkumpul secara beramai-ramai di hadapan pejabat Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi di Pekanbaru, Indonesia.
Perhimpunan yang berlangsung pada Isnin, 19 Januari 2026 itu melibatkan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang turun ke jalan bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap bantuan sara hidup yang diterima sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Dakwa Bantuan Sekadar Cukup-Cukup Makan
@pikiranrakyat Pengungsi Rohingya menggelar aksi unjuk rasa di Jalan M Jamil, kawasan Bandar Serai, Pekanbaru, pada Senin (19/1/2026). Aksi tersebut dilakukan untuk menuntut peningkatan bantuan biaya hidup yang dinilai terus mengalami penurunan dan tidak lagi mencukupi kebutuhan sehari-hari. . Dalam aksi itu, para pengungsi membentangkan sejumlah spanduk yang berisi tuntutan pemenuhan kebutuhan dasar. Mereka mendesak adanya layanan medis yang memadai, peningkatan bantuan tunai, akses pendidikan bagi anak-anak, tempat tinggal yang layak, serta kemudahan transportasi untuk menjangkau layanan publik. . Salah seorang pengungsi menyampaikan bahwa saat ini bantuan bulanan yang diterima sebesar Rp1,05 juta untuk individu, Rp1,7 juta untuk keluarga, dan Rp2,3 juta untuk keluarga dengan satu anak. Menurutnya, jumlah tersebut tidak cukup untuk memenuhi kebutuhan hidup sehari-hari, sehingga mereka berharap adanya perhatian dan kebijakan baru dari pihak terkait. . Namun, faktanya demonstrasi ini dimaksudkan untuk organisasi PBB IOM/UNHCR dan bukan pemerintah Indonesia. Rohingya Pekanbaru
♬ original sound - pikiranrakyat - pikiranrakyat
Menurut wakil kumpulan berkenaan, Muhammad Shobi, bantuan kewangan yang disalurkan oleh pihak antarabangsa didakwa semakin berkurangan sejak tahun 2023. Katanya, jumlah bantuan yang diterima kini tidak lagi mampu menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila tempat tinggal tidak lagi disediakan secara percuma. Pelarian terpaksa menggunakan wang bantuan bulanan untuk membayar sewa rumah yang mencecah sekitar 900,000 Rupiah sebulan, bersamaan kira-kira RM215.
Lima Tuntutan Utama Dikemukakan
Dalam perhimpunan itu, kumpulan pelarian Rohingya turut membawa sepanduk yang memaparkan lima tuntutan utama bagi kelangsungan hidup mereka. Antaranya ialah permintaan supaya bantuan kewangan ditambah bagi menampung sewa rumah dan makanan, akses perubatan segera termasuk rawatan hospital, peluang pendidikan untuk anak-anak pelarian, tempat tinggal yang lebih selesa serta kemudahan pengangkutan untuk ke perkhidmatan awam.
Duit Tak Cukup Beli Keperluan Asas
Muhammad Shobi turut menjelaskan bantuan bulanan sekitar 1.05 juta Rupiah untuk individu atau 2.3 juta Rupiah bagi sebuah keluarga kecil dianggap terlalu kecil untuk menampung keperluan asas.
Selepas ditolak bayaran sewa rumah, baki wang yang tinggal dikatakan tidak mencukupi untuk membeli susu bayi serta makanan harian. Situasi itu menjadi lebih menyentuh perasaan apabila terdapat ibu yang dilihat menangis sambil menggendong bayi di bawah terik matahari ketika demonstrasi berlangsung.
Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati
Tindakan pelarian Rohingya itu turut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen, khususnya dari negara jiran. Ramai meluahkan rasa marah dan tidak puas hati apabila mereka sendiri sedang berdepan tekanan kos sara hidup, namun pelarian yang berada di negara tersebut dilihat menuntut bantuan secara terbuka.
Ada juga yang berpendapat isu pelarian seharusnya ditangani dengan lebih berhati-hati agar tidak membebankan rakyat tempatan yang turut bergelut dengan masalah ekonomi.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



