Ramai Tinggalkan TikTok Ke UpScrolled, Nama Media Malaysia Pula ‘Dikebas’
Pengguna TikTok Mula Berpindah Ke UpScrolled

Selepas bertahun-tahun menguasai pasaran video pendek, TikTok kini berdepan cabaran baharu apabila semakin ramai pengguna mula berhijrah ke aplikasi alternatif dikenali sebagai UpScrolled.
UpScrolled ialah sebuah aplikasi media sosial yang dibangunkan di Australia oleh pembangun berdarah Palestin-Australia, Isaam Hizaji. Aplikasi ini memposisikan dirinya sebagai platform bebas penapisan, tanpa permainan algoritma rumit seperti platform sedia ada.
Dakwaan Bebas Penapisan Jadi Tarikan
Menurut laporan Forbes, UpScrolled mula mendapat lonjakan pengguna selepas ramai mendakwa kandungan tertentu, termasuk isu Palestin dan politik Amerika Syarikat, disekat di TikTok.
UpScrolled menawarkan paparan kandungan secara kronologi, kawalan penuh kepada pengguna, serta menjanjikan privasi data yang lebih telus. Walaupun masih menggunakan algoritma asas, pembangunnya menegaskan sistem tersebut tidak memanipulasi kandungan seperti platform besar lain.
Lonjakan pengguna yang mendadak turut menyebabkan pelayan UpScrolled dilaporkan mengalami gangguan sementara.
Apa Beza UpScrolled Dengan TikTok?
Dari segi fungsi, UpScrolled hampir sama dengan TikTok atau Instagram, iaitu fokus kepada video pendek dan kandungan visual.
Bezanya, platform ini mendakwa pengguna tidak perlu “bermain dengan algoritma” untuk dapatkan capaian. Kandungan tidak diturunkan hanya kerana tidak selari dengan kepentingan tertentu, dan aplikasi ini lebih mesra kepada pencipta kandungan, aktivis serta pengguna biasa, bukan pengiklan.
Pengguna Malaysia Mula Daftar, Tapi Timbul Isu
Di Malaysia, aplikasi ini mula menarik perhatian ramai pengguna yang tidak mahu ketinggalan trend.
Namun, pemerhatian mendapati beberapa pengguna tempatan telah mendaftarkan akaun menggunakan nama media arus perdana sebagai username, walaupun bukan akaun rasmi.
Antara yang dikesan termasuk akaun bernama Nur Fazura menggunakan username @utusantvofficial, serta seorang pengguna lain menggunakan @Mstaronline.
Netizen Dinasiat Semak Akaun Media
Situasi ini menimbulkan kekeliruan kerana kebanyakan media tempatan memang sudah mula menyertai UpScrolled, namun tidak semua akaun yang menggunakan nama media adalah sah.
Pengguna dinasihatkan untuk menyemak dengan teliti akaun yang diikuti bagi mengelakkan salah faham atau terpedaya dengan akaun palsu.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.



