· · ·

Rider Maut Dirempuh Pemandu Mabuk Di Klang Jadi Perhatian

Walaupun kejadian ini telah tular sejak dua hari lalu bersama rakaman dashcam, kes kemalangan maut di Jalan Raya Barat, Klang ini masih menjadi perhatian ramai. Insiden tersebut melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut selepas dirempuh pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Kemalangan itu turut melibatkan dua buah kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.

Pemandu Dipercayai Pandu Secara Berbahaya

Siasatan awal mendapati pemandu Honda City, lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, dipercayai memandu secara laju dan berbahaya dari arah Jalan Raya Barat menuju ke Bandar Klang. “Suspek dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa Disahkan Maut Di Tempat Kejadian

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia sekitar 30-an tercampak sebelum terjatuh di atas sebuah Perodua Myvi. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pemandu Positif Alkohol Dan Dadah

Ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah. Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM100,000 serta lesen memandu digantung serta-merta. Selain itu, kes juga melibatkan hukuman di bawah Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun serta pengawasan selama dua hingga tiga tahun.

Rakaman Dashcam Jadi Bukti Kejadian

Rakaman dashcam berdurasi kira-kira satu minit yang telah tular sebelum ini memaparkan detik mangsa dirempuh sebelum tercampak dan jatuh di atas bumbung sebuah kenderaan lain. Video tersebut terus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Astro Awani


Tarziman —31/03/2026,  02.13PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos