· · ·

“Kenapa Benda Tak Ada, Diada-Adakan?” Abby Abadi Balas Umisya

Abby Abadi Tampil Jawab Dakwaan

Isu rumah tangga melibatkan Aslam terus berpanjangan apabila semakin ramai tampil memberi penjelasan masing-masing. Terbaru, Abby Abadi yang juga ibu kepada Marissa Dania tampil menjawab beberapa dakwaan yang dibuat oleh isteri pertama, Umisya sehingga kembali menarik perhatian ramai.

Dari Awal Tak Pernah ‘Back Up’ Anak

Abby Abadi

Menurut Abby, sejak awal lagi dia tidak pernah menyebelahi anaknya dalam isu ini kerana sedar kesilapan yang berlaku. Namun, apabila hubungan tersebut diteruskan sehingga ke perkahwinan, Abby mengakui dia mula bersuara dan tidak lagi berdiam diri.

Isu Pertemuan Hanya Berlaku Dua Kali

Umisya

Abby turut memperjelaskan mengenai dakwaan kononnya pertemuan antara kedua-dua pihak berlaku berkali-kali. Katanya, sepanjang isu ini hanya dua kali pertemuan berlaku dan setiap kali itu mereka hanya mendengar serta cuba memahami situasi tanpa sebarang provokasi.

Persoal Dakwaan Laporan Polis

Marissa Dania

Dalam masa sama, Abby mempersoalkan dakwaan bahawa ada permintaan untuk membuat laporan polis. Menurutnya, perkara tersebut tidak pernah berlaku seperti yang didakwa dan dia sendiri tertanya-tanya kenapa isu itu tiba-tiba timbul.

Dakwa Sudah Selesai Selepas Nasihat

Abby menjelaskan bahawa selepas pertemuan pertama, mereka telah memberi nasihat kepada anaknya dan menganggap perkara itu sudah selesai. Namun, keadaan kembali tegang apabila timbul isu perkahwinan di Thailand yang mencetuskan kekecohan dan membuka semula konflik antara pihak terlibat.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Thread @abbyabadi_112


Tarziman —01/04/2026,  03.20PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos