· · ·

Anak Betty Banafe Dakwa Dibrainwash Benci Ibu

Anak Tampil Dedah Kisah Sebenar

Anak kepada pelakon Betty Banafe iaitu Julia Claire Dargus tampil bersuara menerusi video di TikTok, mendakwa dirinya bersama adik lelaki menjadi mangsa manipulasi emosi oleh bapa mereka sejak kecil. Menurut Julia, pendedahan ini dibuat untuk menjernihkan keadaan susulan video tular melibatkan ibunya sebelum ini.

Dakwa Dipaksa Dengar Perkara Buruk Tentang Ibu

Dalam perkongsian tersebut, Julia mendakwa mereka sering dipaksa ke pejabat bapa untuk mendengar perkara negatif mengenai ibu mereka secara berterusan. “Sebenarnya, saya, ayah, dan adik lelaki saya ada satu ‘sesi’ di mana ayah paksa kami naik ke pejabat dia dan cakap buruk pasal mak saya tanpa henti. Boleh kata dia cuba brainwash saya dan adik supaya benci mak kami sendiri,” katanya. Julia turut mendedahkan bahawa dia pernah menjalani sesi terapi dan kini sedang berusaha untuk pulih daripada kesan tersebut.

Rayu Sokongan Untuk Ibu, Isu Mahkamah Berlarutan

Julia juga merayu orang ramai untuk menyebarkan video tersebut sebagai tanda sokongan kepada ibunya yang didakwa telah berjuang selama lapan tahun di mahkamah demi hak penjagaan anak-anak. Terdahulu, konflik antara Betty dan bekas suami kembali menjadi perhatian selepas satu video tular memaparkan kehadiran bekas suaminya bersama peguam ke kediaman mereka. Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 2012 sebelum bercerai pada 2019 dan mempunyai dua orang anak.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Tiktok

Video : 

@juliabanafee

Exhausted! Mommy .. i pray for your strength and an abundance of rezeki. May Allah grant us a better life filled with harmony . Amin #fyp #justice @bettybanafee

♬ original sound - julia - julia


Tarziman —13/04/2026,  03.38PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos