· · ·

‘Libatkan Mak Aku’ – Azad Jasmin Dikecam Netizen

Isu Makin Panas Bila Libatkan Keluarga

Kontroversi antara penyampai radio Era, Azad Jasmin dan pempengaruh Tareq Fit semakin hangat apabila perbalahan mereka mula melibatkan ahli keluarga. Tareq meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa Azad telah menggelar ibunya sebagai GRO dalam satu pertikaman lidah di media sosial.

Bermula Dari Teguran, Berakhir Dengan Serangan Peribadi

Menurut Tareq, konflik bermula apabila dia menegur Azad berkaitan kandungan hiburan yang didakwa boleh merosakkan akhlak. “Ini ke akhlak seorang artis yang kalian sokong? Kurang ajar betul… Tiba-tiba libatkan mak aku dengan benda yang tidak elok langsung,” katanya. Dalam masa sama, Azad dilihat membalas dengan kenyataan berunsur sindiran seperti “mak ang”, yang kemudiannya mencetuskan lebih banyak reaksi negatif.

Netizen Beralih Arah, Azad Pula Dikecam

Jika sebelum ini Tareq sering menjadi sasaran kritikan, kali ini situasi berbeza apabila ramai netizen merasakan tindakan Azad melibatkan ibu dalam pergaduhan adalah keterlaluan. Ada yang menganggap ia tidak beradab, malah segelintir mula menyeru boikot terhadap stesen radio Era sekiranya isu tersebut tidak ditangani dengan baik.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman —14/04/2026,  02.56PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos