· · ·

Dadah ‘Zombie’ Fentanyl Mungkin Uji Pasaran Malaysia

Rampasan Vape Pod Dedah Ancaman Fentanyl

Malaysia berdepan risiko besar sekiranya dadah berbahaya fentanyl mula memasuki pasaran tempatan selepas pihak polis menemui 400 kartrij vape mengandungi bahan tersebut dalam serbuan di Lembah Klang. Rampasan itu adalah sebahagian daripada lebih setengah tan dadah termasuk methamphetamine dan Erimin 5 dengan nilai keseluruhan melebihi RM31.5 juta. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata jika diedarkan, dadah tersebut berpotensi menjejaskan sehingga 3.12 juta individu.

Dadah ‘Zombie’ Lebih Bahaya Dari Morphine

Pakar jenayah Datuk Dr P Sundramoorthy memberi amaran bahawa situasi ini boleh menjadi lebih serius sekiranya sindiket dadah menjadikan Malaysia sebagai pasaran ujian untuk fentanyl, yang juga dikenali sebagai “zombie drug”. Dadah sintetik ini sangat berbahaya kerana kekuatannya yang tinggi serta mudah disembunyikan, malah menurut Agensi Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat, fentanyl adalah kira-kira 100 kali lebih kuat daripada morphine. Pada tahap tersebut, hanya 2mg, bersamaan beberapa butir garam, sudah cukup untuk membawa maut, lebih-lebih lagi apabila ia dicampur dengan bahan lain atau disamarkan sebagai dadah lain.

Sindiket Uji Pasaran, Risiko Krisis Lebih Besar

Menurut Sundramoorthy, kos penghasilan fentanyl yang rendah tetapi berpotensi memberi keuntungan tinggi menjadikannya sangat menarik kepada sindiket, dan walaupun sedikit sahaja permintaan wujud, ia boleh mencetuskan masalah dadah yang lebih kompleks di Malaysia. Beliau berkata, “If [fentanyl] demand takes hold, Malaysia could face a more complex and entrenched drug problem with far greater public health consequences.” Dalam masa sama, sindiket yang ditumpaskan dipercayai menggunakan kaedah ‘drop-and-collect’ bagi mengelak dikesan, dan pihak Bukit Aman kini bekerjasama dengan Thailand untuk menjejaki rangkaian tersebut. Sundramoorthy turut menegaskan bahawa tindakan pantas amat penting kerana peluang untuk mencegah penularan dadah ini sangat terhad.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : SAYS

Video : 


Tarziman —20/04/2026,  03.07PM

Video Budak Bagi Duit Raya Jadi Perdebatan

Satu video tular memaparkan seorang kanak-kanak Malaysia berkongsi rezeki dengan memberi duit raya telah mencuri perhatian ramai. Perbuatan tersebut pada asalnya dipuji sebagai satu amalan murni yang melambangkan budaya masyarakat Malaysia, namun situasi bertukar apabila muncul tuduhan dari seorang pengguna media sosial luar negara yang mendakwa ia hanyalah gimik.

Netizen Tuduh Semua Dah ‘Setup’

Dalam satu tangkap layar yang dikongsikan, individu tersebut menuduh kandungan video itu telah dirancang oleh pencipta konten untuk kelihatan baik di mata orang ramai. Dia turut mempertikaikan tindakan kanak-kanak itu membawa sampul duit raya untuk diberikan kepada orang asing dan mendakwa semuanya sudah disediakan lebih awal sebagai sebahagian daripada skrip.

Creator Terus ‘Sekolahkan’ Balik

Dakwaan tersebut bagaimanapun tidak dibiarkan begitu sahaja apabila pencipta konten itu tampil mempertahankan video tersebut. Dia menegaskan bahawa apa yang berlaku adalah ikhlas dan spontan, bukan lakonan seperti yang dituduh. “Berani betul awak! Saya tidak pernah dan tidak akan sesekali memalsukan mana-mana video. Interaksi ini adalah ikhlas dan berlaku secara spontan!,” katanya.

Keikhlasan Masih Wujud

Insiden ini sekali lagi membuka mata ramai bahawa tidak semua perkara perlu dipandang negatif. Apa yang dilihat sebagai kebaikan kadang-kadang tetap dipersoalkan, namun hakikatnya masih ramai yang melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas tanpa sebarang agenda tersembunyi.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:

Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram

Video : 


Tarziman —30/03/2026,  02.09PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos