· · ·

Syed Saddiq Tak Halang Bella Astillah Teruskan Kerjaya

Syed Saddiq Tak Setuju Bella Kena Berhenti Kerja

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil menjelaskan pendiriannya apabila ada netizen yang meminta Bella Astillah berhenti kerja selepas berkahwin dan hanya fokus kepada majlis rasmi. Baginya, keputusan seperti itu tidak adil kerana setiap individu berhak mengejar impian masing-masing walaupun sudah mendirikan rumah tangga.

“Dia Nyanyi 1 Malam Bersamaan Gaji Saya Sebulan”

Menerusi potongan podcast Lebih Masa, Syed Saddiq turut berkongsi realiti berbeza antara dunia politik dan industri hiburan. “Kalau dia pergi menyanyi, satu malam bersamaan gaji saya sebulan. Bila saya buat shooting, shooting satu hari bersamaan 2-3 bulan gaji ahli Parlimen,” katanya. Kenyataan itu menunjukkan beliau memahami nilai kerjaya Bella dan tidak melihat ia sebagai sesuatu yang perlu dikorbankan hanya kerana perkahwinan.

Beri Kebebasan Penuh Kejar Impian

Dalam masa sama, Syed Saddiq menegaskan bahawa beliau tidak akan menjadikan Bella sekadar ‘isteri ahli politik’ yang hanya hadir ke majlis rasmi. Sebaliknya, beliau memberi kebebasan penuh kepada tunangnya itu untuk terus aktif dalam industri hiburan dan mengejar impian yang telah dibina sejak sekian lama, walaupun mengakui ada kebimbangan kerjayanya dalam politik mungkin memberi kesan kepada perjalanan seni Bella suatu hari nanti.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Mstar

Video : 


Tarziman —24/04/2026,  01.59PM