· · ·

“Slay Queen” Bella Astillah Tenang Walau Disindir

Bella Pilih Tenang Di Tengah Isu Panas

Di tengah pelbagai spekulasi yang masih hangat diperkatakan, Bella Astillah dilihat kekal tenang menerusi perkongsian terbarunya di Threads. Tanpa sebarang kenyataan panjang atau respon balas terhadap mana-mana pihak, Bella hanya memuat naik sekeping gambar selfie sambil menunjukkan isyarat ‘peace’ bersama kapsyen ringkas, “Kadang yang sederhana, paling bermakna. Happy Sunday semuaaa.”

Ruhainies & Sarah Yasmine Terus Menulis Di Threads

Dalam masa sama, perhatian netizen turut tertumpu kepada beberapa pihak lain termasuk Ruhainies dan Sarah Yasmine yang dilihat masih belum berpuas hati apabila terus memuat naik pelbagai hantaran di Threads berkaitan isu tersebut. Walaupun tidak semua kenyataan menyebut nama secara langsung, ramai yang mengaitkan ia sebagai sindiran terhadap Bella, sekali gus menambah lagi hangat suasana di media sosial.

Netizen Puji Bella, Anggap ‘Slay Queen’

Berbeza dengan situasi tersebut, Bella memilih untuk tidak melayan sebarang provokasi dan fokus kepada dirinya sendiri. Ruangan komen dipenuhi pujian daripada netizen yang kagum dengan sikap tenangnya, malah ada yang melabelnya sebagai “slay queen” kerana kekal positif walaupun berdepan tekanan. Bagi ramai, tindakan Bella yang memilih untuk diam dan tidak membalas dilihat sebagai cara paling matang dalam menghadapi drama di media sosial.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman —27/04/2026,  04.22PM