· · ·

Sam Lim Nafi ‘Tunggang’ Melayu Demi Kedai Motor

Sam Lim Tampil Jawab Dakwaan Netizen

Pempengaruh media sosial Sam Lim tampil menafikan dakwaan dirinya sebagai ‘penunggang’ selepas dituduh menggunakan sentimen kaum Melayu demi meraih keuntungan untuk perniagaan motor miliknya. Menerusi satu perkongsian di Threads, Sam dilihat membalas ciapan seorang individu yang mendakwa dirinya mendapat manfaat perniagaan selepas mendirikan rumah tangga bersama Parisa Ardina. Dakwaan tersebut kemudian mula mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Dakwa Kedai Motor Sudah Lama Wujud

Menurut Sam Lim, kedai motor miliknya sebenarnya sudah lama diusahakan sebelum dia berkahwin. “Tolong la mak cik, kedai motor saya ini dah ada sebelum saya kahwin. Tiba-tiba tunggang pula. Kau kan Melayu, kenapa awak tak buka satu,” tulisnya. Perkongsian tersebut kemudian menjadi perhatian ramai dengan ada netizen mempertahankan Sam dan ada juga yang terus memberikan pandangan masing-masing mengenai isu tersebut.

Sam Lim Akui Sedang Kawal Diri

Dalam masa sama, Sam turut mengakui dirinya cuba mengawal percakapan supaya tidak membalas komen diterimanya secara lebih kasar. “Aku tengah kawal mulut tak guna perkataan ‘tunggang’. Jangan nanti saya balas balik, buat ayat untuk awak. Nanti cakap aku tiada adab pula,” katanya lagi. Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen yang mengikuti perkembangan isu tersebut.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads @sam_lim

Video : 


Tarziman —7/05/2026,  03.42PM